Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada May 02, 2024

SEDEKAH DAGING KORBAN DI MASJIDIL HARAM

RM4,242 / 8.48 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

297 Penyumbang

2 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Khusus untuk anda yang masih belum mampu melaksanakan ibadah korban atau ingin membantu saudara Islam kita merasa daging untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah korban di Mekah!


Bulan Zulhijah adalah kurniaan Allah SWT terhadap seluruh hamba-Nya yang beriman kepada-Nya. Kehadiran bulan istimewa ini menandakan indahnya ajaran Islam yang terkandung fadhilat dan kurniaan pahala besar apabila umat Islam berpeluang untuk menunaikan ibadah korban.



Ibadah korban hadir setahun sekali, andai tidak mampu lakukan ibadah korban pada tahun ini, laburkanlah sedikit duit poket yang ada cuma RM10 sudah melayakkan anda lakukan sedekah daging pada yang sangat mengharapkan ada agihan daging buat mereka tahun ini.



Kami mengharapkan dengan sumbangan ini mampu mengenyangkan perut dan membawa kebahagiaan kepada mereka yang tidak pernah merasa lauk daging korban. Semoga Allah SWT membalas sedekah tersebut dengan sebaik-baik ganjaran.



Ibadah korban bagi kempen ini akan dilaksanakan di Kilo Asyarah, Kota Suci Mekah oleh wakil PPIM yang bertauliah. Setiap hasil daging yang disembelih akan dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kami mengharapkan lebih ramai lagi umat Islam dari golongan asnaf miskin di seluruh dunia dapat diceriakan pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.



Amalan bersedekah daging korban kepada asnaf dan fakir menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan untuk melepaskan sifat kikir dalam diri. Segala rezeki dimiliki adalah daripada kurniaan-Nya. Justeru, jangan sesekali berkira dalam soal ibadah, sebaliknya, laksanakan setiap amalan kerana kecintaan dan ketaatan yang tinggi kepada-Nya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

FAKHRULRADHI NURUL ASILAH SATDIEYATUN AFIQ AFFANDI AYDIN FAHEEM AMINA YASMEEN HANA ADELIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

FAKHRULRADHI NURUL ASILAH SATDIEYATUN AFIQ AFFANDI AYDIN FAHEEM AMINA YASMEEN HANA ADELIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

FAKHRULRADHI NURUL ASILAH SATDIEYATUN AFIQ AFFANDI AYDIN FAHEEM AMINA YASMEEN HANA ADELIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

FAKHRULRADHI NURUL ASILAH SATDIEYATUN AFIQ AFFANDI AYDIN FAHEEM AMINA YASMEEN HANA ADELIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

NORHAMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024