KL GARAGE CLUB

Dimulakan pada Apr 21, 2025

SEDEKAH DAGING HARI RAYA KORBAN

RM646 / 3.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Raikan Aidiladha dengan berkongsi nikmat korban. Hulurkan sedekah daging anda kepada mereka yang memerlukan!


Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol pengorbanan dan kasih sayang sesama insan. Ibadah korban membuka ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Malangnya, masih ramai keluarga asnaf di sekitar Kuala Lumpur yang tidak berpeluang menikmati daging korban kerana kekangan hidup.



Di kota besar seperti Kuala Lumpur, tekanan dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai terpaksa memilih antara membeli keperluan asas atau menyambut hari raya seperti orang lain. Inilah masanya untuk kita yang mampu, berkongsi rezeki agar mereka juga dapat merasai nikmat korban dan kasih sayang sesama insan.



Menurut Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 19 oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah sah untuk menggunakan wang sumbangan umum bagi menaja bahagian korban, dengan syarat ia digunakan untuk tujuan kebajikan dan mendapat keizinan penderma.



Pihak kami memberi jaminan bahawa setiap sumbangan akan diurus secara telus dan amanah. Nama-nama peserta atau penyumbang akan direkodkan dan dimaklumkan agihan daging akan disalurkan terus kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.



Marilah kita rebut peluang ini untuk melaksanakan bersedekah daging korban, walaupun dengan sumbangan kecil. Ketahuilah setiap bahagian yang kita kongsi, akan dikira sebagai amalan besar di sisi Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ZANYUS

Menyumbang sebanyak RM12.00

May 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2025

FARAH UMAINAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat