Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan bagi Umat Islam. Ianya peristiwa penting bagi memperingati kesediaan Nabi Ibrahim a.s untuk mengorbankan puteranya demi memenuhi perintah Allah SWT.
Ia dirayakan pada hari ke sepuluh bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam mari kita mengambil iktibar betapa pentingnya pengorbanan, sifat dermawan dan amal jariah dalam kehidupan.

Salah satu amalan dalam perayaan Aidiladha adalah penyembelihan haiwan yang melambangkan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Perbuatan menyembelih haiwan korban merupakan salah satu cara umat Islam untuk menunjukkan ketakwaannya kepada Allah dan mencontohi Nabi Ibrahim AS.

Pengorbanan adalah sebagai tanda ketaatan kita sebagai hamba Allah SWT dan cara untuk mendapatkan keredhaan serta mencari rahmat di samping memberi teladan kepada ummah.

Sekali lagi pada tahun ini PPIM akan bekerjasama dengan Ikhlas.com untuk program Sedekah Korban pada tahun ini. Daging haiwan korban dipilih daripada lembu sado dan sihat kemudian diagihkan kepada fakir miskin dan masyarakat setempat.

InsyaAllah, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin turut serta kumpul pahala dan ingin melibatkan diri dalam amal kebaikan dengan memberikan sedekah daging korban.

Pengagihan daging korban juga bukan hanya sebagai amal jariah, tetapi juga sebagai salah satu cara untuk menyantuni saudara sesama Islam yang tidak berkemampuan dan mempereratkan tali persaudaraan. Perbuatan berkongsi makanan adalah cara berkesan untuk menyatukan masyarakat dan membangun rasa keprihatinan dan kebersamaan. Allah SWT berfirman:
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (Qs. Al Hajj)
Ini bererti bahawa perbuatan memberi dan berkongsi lebih penting daripada pengorbanan secara fizikal.
Jom #BuatBaik!

Assalamualaikum wbt.
Kami datangkan perkembangan terkini untuk sedekah korban bagi tahun 1444H. Terima kasih kepada para penyumbang memberikan kenikmatan untuk masyarakat yang tidak berkemampuan di sana untuk merasai daging sempena hri raya korban ini.
Jom #BuatBaik!

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah