Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR
Dimulakan pada Apr 21, 2025
RM1,195 / 5.98 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
65 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, kami merancang untuk menyembelih beberapa ekor lembu dan mengagihkan daging kepada penduduk kampung-kampung terpencil di Kelantan yang jarang berpeluang menikmati daging korban. Dengan sedikit sumbangan, kita dapat membawa senyuman dan keceriaan buat mereka.
Ramai dalam kalangan mereka kurang berkemampuan dan tidak berpeluang menikmati daging korban setiap tahun. Inilah peluang kita untuk bersama-sama menggembirakan mereka serta merebut ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Jika dana telah mencukupi untuk membeli beberapa ekor lembu, kami akan menyembelih lembu korban dan mengagihkannya secara langsung kepada penduduk yang memerlukan. Proses korban akan dilaksanakan dengan penuh teliti mengikut syarak oleh pihak berwibawa yang kami lantik.
Setiap sumbangan akan digunakan sepenuhnya untuk urusan pembelian lembu, penyembelihan, dan pengagihan daging. Inisiatif ini dijalankan sepenuhnya oleh komuniti kami dengan kerjasama penduduk setempat yang prihatin. Walaupun kecil sumbangan kita, besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2025
MOHAMMAD FAEZ IZZUDDIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 09, 2025
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2025
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2025