MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 19, 2024

DAGING SEGAR ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DI BULAN MUHARAM 1446H

RM125 / 4.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM MENYUMBANG DANA RM10 BAGI ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DISINI MENDAPAT KEPERLUAN PROTEIN NUTRISI PENGHAFAZ AL-QURAN DI MAAHAD KAMI DI HARI JUMAAT INI.


Allah SWT yang berkuasa telah menjadikan binatang lembu sebagai bukti yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT. Manusia dapat mengambil pelbagai manfaat daripadanya antaranya seperti daging, tulang, kulit, tanduk, ekor, perut dan lain-lain lagi. Daging lembu merupakan makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan mengandungi zat besi yang tinggi baik membantu meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan badan para pelajar yang sihat selain dapat memastikan mereka dalam keadaan terbaik untuk menghafal dan mempelajari Al-Quran.



Bagi memastikan tahap tenaga dan fizikal serta mental para pelajar berada pada kondisi yang baik, pihak maahad berusaha menyajikan menu pemakanan yang seimbang dan sihat. Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada anda seikhlas hati untuk menyalurkan dana infaq daging di hari Jumaat mulia ini.



Secubis kasih yang dihulur akan memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak tahfiz ini. Bayangkan setiap sumbang makanan tersebut menjadi darah daging mereka yang mana mereka mengunakan tenaga yang Allah SWT beri untuk mempelajari kalam yang mulia bahkan beratus-ratus hingga beribu-ribu kali mereka mengulangi ayat-ayat Al-Quran Al-Karim demi menjadi seorang hafiz Al-Quran.




Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda dengan amalan infaq sepertimana dalam firman-NYA yang membawa maksud:


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah: 261)



Masya-Allah, betapa banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat dengan mengamalkan amalan sedekah ini. Kita berharap dengan sumbangan anda ini untuk menghidupkan pusat-pusat agama diterima oleh Allah SWT dan meraih keredaan Allah SWT kelak. 



Akhir sekali, ayuh kita salurkan kasih dengan berinfaq bermula RM10 untuk pembelian daging segar untuk pelajar tahfiz anak yatim dan asnaf ini. Dengan menyediakan makanan yang berkhasiat, insyallah akan membangkitkan semangat mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang hafalan Al-Quran. Semoga Allah SWT merahmati para penderma dan keluarga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat