MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 15, 2025

DAGING SEGAR BUAT ANAK TAHFIZ

RM110 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita berikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dengan menyumbang daging segar untuk hidangan mereka. Bersama, kita mampu memastikan mereka menikmati makanan berkhasiat!


Assalamualaikum wbt, di bulan Rejab yang mulia ini adalah waktu yang istimewa untuk memperbanyak amal kebajikan. Salah satu amalan yang sangat dianjurkan adalah bersedekah, kerana dengan bersedekah dapat membantu sesama kita dan meringankan beban hidup orang lain. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak kepada semua orang untuk berinfak daging segar dibulan rejab ini untuk mengambil keberkatan bulan yang mulia ini untuk menjamu anak-anak dengan hidangan yang berkhasiat.



Sehubungan itu, pihak maahad kami di sini mempunyai pelajar seramai 50 orang dengan adanya bekalan daging segar yang mencukupi anak-anak ini dapat belajar dengan baik dan selamat. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq dengan bermula serendah RM10 kepada semua orang yang mencari Keredhaan Allah SWT untuk berinfak memberi sumbangan tersebut.



Alhamdulillah. Alangkah beruntungnya, orang yang jasadnya telah mati, tapi pahalanya masih terus hidup dan mengalir. Itulah kekuatan sedekah jariah. Bayangkan anda di dalam kubur, tapi pahalanya terus mengalir asbab hasil infaq anda.


Bayangkan di mahsyar nanti, tiba-tiba anda tidak sangka begitu banyak pahala yang tercatat dalam buku amalan, rupanya ia hasil infaq anda di dunia dahulu. 



Akhir kata, marilah kita membantu mereka yang kekurangan ini untuk mendapat daging segar bagi mencukupi keperluan harian mereka. Semoga para penderma akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat