DANA PENYEDIAAN DAN BAIKPULIH KEMUDAHAN

RM28,208 / 5.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

865 Penyumbang

Tiada Tarikh Akhir

Kongsi:

Tentang Kempen

Sejarah Penubuhan Rumah Bakti Dato’ HarunDemi rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim, sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor telah ber...
Sejarah Penubuhan Rumah Bakti Dato’ Harun
Demi rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim, sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menubuh dan mendaftarkan “Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor” mengikut Nombor Pendaftaran ARS/Sel/50/66 pada 16 Ogos, 1966.
Dengan kelulusan pendaftaran ini, Jawatankuasa berkenaan telah bergerak cergas untuk mencapai matlamat penubuhannya. Usaha untuk mengumpulkan dana bagi membina kompleks asrama telah dimulakan selepas pendaftaran Pertubuhan ini melalui beberapa program yang dijalankan oleh Jawatankuasa. Atas jasa Y.Bhg. Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y. Bhg.Datin Salmah Sulaiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tahun di Mukim Hulu Kelang (HS.231) seluas 4.8 ekar mengikut dokumen kelulusan bilangan PHT.G.2/139/75.
DYMM Sultan Selangor telah perkenan untuk menjadi Penaung kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor atau dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang dan kini dinamakan Rumah Bakti Dato’ Harun.(RBDH). Pada 2 Mac 1982 dua buah blok asrama 2 tingkat yang baru telah siap dibina. Kedua blok asrama tersebut bernilai RM600,000.00 dan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hasil derma orang ramai. Sebuah surau juga telah dibina pada tahun 1984. Pada tahun 2009 sebuah surau baru telah dibina menggantikan surau lama. Surau baru ini telah disumbangkan oleh Y. Bhg. Datin Seri Salmah Sulaiman, isteri Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. Oleh kerana RBDH telah mendapat surau baru, maka surau lama yang telah diubah suai menjadi Pusat Sumber yang baru. Pusat Sumber baru ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, perpustakaan dan bilik multimedia.

Misi Rumah Bakti Dato’ Harun

Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor sentiasa berusaha untuk memajukan taraf sosial, pelajaran, pendidikan, keimanan dan jati diri anak-anak yatim demi menjadikan mereka modal insan cemerlang.

- Matlamat Pertubuhan Rumah Bakti Dato’ Harun ialah untuk
- Menjadi organisasi yang mantap
- Menyediakan kemudahan yang selesa, selamat serta seiring dengan pembangunan sekitar
- Membina sikap yang mencerminkan budaya berhemah dan berbakti

Untuk mencapai MISI dan MATLAMAT di atas, semua ahli Pertubuhan yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa, Ahli-Ahli Biasa, kakitangan dan anak-anak yatim dikehendaki menerapkan NILAI-NILAI MURNI berikut sebagai asas SIKAP mereka :
Beriman & Bersyukur Amanah & Bertanggungjawab Kesopanan & Berhemah Tabah & Berjimat Cermat Insaf & Prihatin
Sehubungan itu, Pertubuhan telah membina kompleks asrama anak yatim yang diberi nama Rumah Bakti Dato Harun untuk membantu anak-anak yatim yang miskin atau daif serta tiada keluarga yang mampu membiayainya untuk meneruskan pembelajarannya sehingga melayakkan mereka berdikari dan turut menyumbang kepada pembangunan keluarga, agama dan negara. RBDH bersedia untuk menanggung mereka tanpa dikenakan sebarang yuran atau bayaran ke atas ibu atau waris anak-anak yatim di dalam perkara-perkara berikut:

- Memberi pendidikan sempurna
- Menyediakan tempat penginapan (asrama) yang selamat dan selesa
- Menyediakan makan/minum dan pakaian yang secukupnya
- Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka
- Menentukan anak-anak yatim ini dapat berfungsi dan hidup berdikari di dalam arus pembangunan dan masyarakat semasa
- Menyediakan peluang-peluang melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan.

Matlamat Kempen Rumah Bakti Dato’ Harun

Dengan merujuk kepada Sejarah Penubuhan Rumah Bakti Dato’ Harun di atas, pada tahun 2020 ini RBDH telah beroperasi hampir 44 tahun dan telah menyumbang bakti kepada ramai anak-anak yatim yang silih berganti demi kesejahteraan dan keselamatan mereka. Pada tahun ini, RBDH dihuni oleh 59 orang anak-anak yatim berusia antara 8 hingga 18 tahun sebagaimana pecahan berikut :
Sekolah Rendah 10 Lelaki 08 Perempuan = 18 orang
Sekolah Menengah 24 Lelaki 16 Perempuan = 40 orang
IPTA/IPTS 00 Lelaki 01 Perempuan = 01 org
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah Keseluruhan 34 Lelaki 24 Perempuan = 59 orang
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Segala kemudahan yang sedia ada adalah kemudahan yang dianggap mempunyai nilai / harga / kenangan sejarahnya yang tersendiri kerana telah berusia lebih 40 tahun dan memerlukan kos penyelenggaraannya tersendiri demi menjamin keselamatan semasa penggunaannya dan demi keselesaan anak-anak. Kesemua kemudahan yang didirikan pada awal penubuhan ini masih digunapakai sehingga hari ini.
Antara kemudahan-kemudahan sedia ada yang memerlukan baikpulih dan penambahbaikkan adalah:

- Membaikpulih atap, siling, dinding, saluran air hujan, tandas dan lantai yang mendap di 1 Bangunan Kayu - Pejabat Pentadbiran, 1 Bangunan Kayu untuk Dewan Makan dan Dapur, 1 Bangunan Kayu untuk Kelas Prep / Kelas Agama
- Membuat sistem paip air, tangki air, menukar tile yang pecah di dalam Dorm Asrama, menukar pintu-pintu bilik air yang rosak, menukar paip air yang uzur, membaiki pantry pelajar, membaiki bumbung dan siling, saluran air hujan dan memasang dawai nyamuk di 2 Blok Asrama 2 Tingkat iaitu Asrama Lelaki dan Asrama Perempuan
- Membaiki bumbung surau yang bocor, memasang atap ke kawasan tandasn membuat pendawaian semula untuk keseluruhan surau dan menukar kipas serta lampu yang telah tidak berfungsi di 1 Bangunan Surau (kayu)
- Membaiki bumbung dan siling di 1 Blok Perpustakaan dan Bilik Multimedia
- Memerlukan kos untuk penubuhan Bilik Komputer untuk pembelajaran anak-anak sekolah rendah khusus untuk pembelajaran Bahasa Arab, Kelas Mengaji, Kelas Pemulihan merangkumi meja, kerusi, 25 biji komputer, sistem pendawaian elektrik dan papan putih di Bilik Al-Farabi
- Membaiki bumbung, siling, menambah tangki, gril, bilik air/tandas, tingkap dan persekitaran 1 Blok Rumah Pembantu Dapur (3 pintu), 1 Blok Rumah Warden (2 unit) dan 1 Unit Rumah Pemandu
- Kos penyelenggaraan kenderaan yang digunakan untuk anak-anak ke sekolah dan urusan pengurusan RBDH berupa 2 buah bas (satu baru, satu sudah uzur), 2 buah van (sudah uzur), 1 buah motokar dan sebuah motorsikal

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2021

AHMAD ZULHILMI OMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2021

NAZEER KHAN BIN MOHD MAIDEEN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2021

MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 24, 2021