Maahad Tahfiz Bandar Hillpark

Dimulakan pada Oct 19, 2020

DANA MEMBELI BANGUNAN TAHFIZ

RM250,908 / 25.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

10723 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Sejarah penubuhan Maahad Tahfiz ini bermula pada tahun 2017 apabila tercetus kesedaran untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang ditadbir dan diuruskan secara lebih professional dan tersusun

Sejarah penubuhan Maahad Tahfiz ini bermula pada tahun 2017 apabila tercetus kesedaran untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang ditadbir dan diuruskan secara lebih professional dan tersusun dalam semua aspektermasuk pentadbiran, kewangan dan pembelajaran. Alhamdulilah dengan izinNya, Maahad Tahfiz Bandar Hillpark telah berjaya ditubuhkan hasil gabungan tenaga kerja dan kepakaran dalam kalangan professional daripada bekas kakitangan perbankan dan para ustaz.

Maahad Tahfiz ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang sangat kondusif di Puncak Alam dan mula beroperasi sejak 22/08/2017. Pada masa kini, pihak maahad tahfiz menyewa 3 unit rumah teres 2 tingkat bagi tujuan penginapan dan kelas pengajian. Maahad Tahfiz Bandar Hillpark menawarkan pengajian tahfiz sepenuh masa yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Mod pengajian separa masa juga ditawarkan bagi pengajian Iqra' dan al-Quran bagi semua peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri daripada pengajar yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bidang tahfiz dan al-Quran.

Maahad Tahfiz Bandar Hillpark merupakan maahad tahfiz yang didaftarkan di bawah JAIS dan telah dilantik oleh Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai penolong amil kutipan zakat. Maahad Tahfiz Bandar Hillpark merancang dan bertujuan untuk membeli bangunan yang disewa sekarang bagi kegunaan menyediakan peluang pendidikan Tahfiz untuk anak-anak dari semua golongan termasuk anak yatim, fakir, miskin dan untuk perbelanjaan harian operasi (Fi Sabilillah).Oleh itu, kami memohon jasa baik Tuan / Puan, yang dermawan untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi merealisasikan impian para pelajar kami untuk mendapatkan bangunan baru serta menyediakan kemudahan yang kondusif.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD FARID MOHAMAD NAHARI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022