DANA BANTUAN MUALAF

RM815 / 0.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM260,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita bantu Amira seorang mualaf yang sangat memerlukan tempat berteduh buatnya dan anak-anak!


Assalamualaikum wbt. para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen kutipan “Dana Bantuan Mualaf”

Nur Amira Natasha Binti Abdullah atau Amira merupakan seorang mualaf dan juga seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Ayah Amira telah meninggal dunia sejak dia memeluk agama Islam dan sejak itu dia dibuang oleh keluarganya sendiri yang tidak dapat menerima keputusannya itu.

Kini, Amira telah diisytiharkan muflis oleh pihak bank atas semua aset kepunyaannya (rumah dan kereta) yang merupakan hasil titik peluhnya sendiri. Hal ini terjadi akibat dari penganiayaan kawannya sendiri dimana telah menipunya dan mengambil duit pajakan kereta sebanyak RM18,000.00 miliknya (sekarang bernilai RM190,000.00).




Tambahan pula Amira telah mengalami sakit Trigeminal Neuralgia (TGN) dimana melibatkan saraf trigeminal, salah satu saraf utama kawasan muka dan mulut. TGN menyebabkan serangan kesakitan yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh berlanjutan dari beberapa saat hingga beberapa minit dan boleh berlaku beberapa kali sehari. Berikutan itu, kak Amira telah dibuang kerja dan tidak dapat komited dalam pekerjaannya akibat sakit yang berlanjutan selama setahun. Kini, Amira mengalami tekanan mental dan emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan kesukarannya untuk mendapatkan pekerjaan baru setelah diisytiharkan muflis oleh pihak bank.




Amira amat merayu pertolongan orang ramai untuk membantunya dari kehilangan rumah yang kini telah dilelong sejak 28 Februari 2022. Dimana lagi tempat untuk dia berteduh bersama anak-anak jika rumahnya satu-satu tempat yang ada setelah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri?


Hasil kutipan dana ini akan digunakan untuk membayar kos hutang insolvensi kepada pihak bank bagi mendapatkan semula rumahnya yang telah dilelong. Marilah kita membantu kak Amira yang sangat memerlukan bantuan kita. Hidupnya umpama pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga”, dia bukan sahaja kehilangan keluarganya namun harta asetnya semua telah dilelong pihak bank. 

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

“Barang siapa melepaskan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan senantiasa menolong seorang hamba, selama hamba tersebut menolong saudaranya.”

[HR. Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]

Ayuh, marilah kita sama-sama membantu saudara muslim kita yang memerlukan bantuan ini. Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.


Jom menyumbang di sumbangan.com.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat