RAYUAN DANA KEPERLUAN BARANG SEKOLAH

RM75 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI UKIRKAN SENYUMAN DI WAJAH ANAK KECIL INI DENGAN BANTUAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN. SEMOGA MEREKA LEBIH BERSEMANGAT MELANGKAH KE TAHUN BARU UNTUK BELAJAR.


Alhamdulillah, bersyukur di atas segala nikmatNya kerana kita masih diberi ruang dan peluang untuk terus melakukan kebaikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu ramai ibu bapa atau penjaga di luar sana yang mula risau memikirkan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi tahun 2024 ini. Ini kerana, dalam tempoh beberapa minggu lagi cuti penggal terakhir persekolahan akan tiba dan menandakan bahawa anak-anak akan melangkah ke kelas baru nanti.



Keadaan ini akan menjadi lebih merunsingkan, apabila ibu bapa atau penjaga terpaksa memikirkan anak-anak yang masih ramai berada di bangku sekolah. Ini sudah pasti menjadi cabaran dan bebanan yang terpaksa dihadapi dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi pada masa kini.



Oleh yang sedemikian, kami ingin mengajak anda semua yang prihatin dan baik hati untuk bersama-sama kami dalam menjayakan kempen kali ini. Kita tidak mampu membantu semua orang. Tapi, kita masih mampu membuat yang terbaik, membantu seramai orang yang boleh. Hanya anda hero yang kami ada. Setiap nilai sumbangan anda, pasti akan lebih besar di akhirat sana. Semoga Allah memberkati dan merahmati setiap kebaikan yang kita lakukan.



Semoga Allah hadirkan insan-insan yang baik hati dan pemurah untuk membantu kami menjayakan kempen ini. Jom bantu sekadar yang mampu.



ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 12, 2024

NURUL FITRIYATON IDAWIYAH BT NAHRAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat