PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Jul 31, 2025

INFAK BIL UTILITI PUSAT PKSJ

RM265 / 5.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama kami ringankan beban mereka. Sumbangan anda hari ini mampu menerangi kehidupan mereka esok. Klik 'Sumbang Sekarang'!


Kempen kali ini dijalankan oleh PKSJ dengan penuh rasa rendah diri dan keikhlasan bagi memohon jasa baik serta kemurahan hati semua pihak untuk membantu menampung kos bekalan elektrik dan air pusat yang mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Beban kewangan ini semakin berat memandangkan pusat beroperasi selama 24 jam setiap hari, demi memberikan perlindungan kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang tidak mempunyai tempat tinggal. Keperluan asas seperti cahaya dan air bersih amat penting untuk memastikan keselesaan serta keselamatan mereka yang berlindung di sini.



PKSJ telah membuka pintu pusat ini sebagai tempat berteduh dan sementara buat ibu-ibu tunggal yang ditimpa kesusahan, bersama dengan warga emas yang sebatang kara. Dalam usaha membantu mereka membina semula kehidupan, semua kos utiliti di pusat ini menjadi tanggungjawab penuh pihak PKSJ. Oleh itu, kami amat mengharapkan sokongan orang ramai untuk terus memastikan pusat ini dapat beroperasi dengan lancar dan memberi manfaat kepada mereka yang amat memerlukan.



Pihak PKSJ terpaksa mencari kutipan untuk membayar bil supaya bil api dan air tidak dipotong.Jika dipotong akan menyulitkan kerja kerana pemasangan semula juga memerlukan kos yang banyak. Jutaan terima kasih buat semua yang sentiasa memberi sumbangan untuk kerja amal kebajikan PKSJ.




Dengan adanya sumbangan utiliti eletrik ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan bagi pihak PKSJ menampung kos pengoperasian bulanan bagi pusat ini. Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2025

MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2025

Kempen Sumbangan Tamat