Di sebalik kehebatan seorang huffaz, berdiri insan-insan yang sentiasa menjaga, membimbing dan mendidik mereka tanpa jemu iaitu para ustaz dan warden. Mereka inilah yang memastikan anak-anak tahfiz terjaga makan minum, dipandu hafazan, dibina akhlak, serta dipantau keselamatan setiap masa. Pengorbanan mereka bukan hanya di dalam kelas, tetapi merangkumi seluruh kehidupan pelajar.

Namun realitinya, ramai ustaz dan warden masih tinggal di ruang yang sempit, sementara atau serba kekurangan. Tanpa tempat tinggal yang selesa, tugas mereka menjadi lebih sukar sedangkan khidmat mereka amat besar dalam membentuk generasi Al-Quran.

Atas keperluan mendesak ini, pihak maahad melancarkan Kempen Infaq Pembinaan Rumah Penginapan Ustaz & Warden bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih teratur, selamat, dan kondusif.

Setiap sumbangan anda walau kecil adalah batu asas kepada pembinaan kediaman yang memberi keselesaan kepada para pendidik agama. Pahala infaq ini tidak terhenti, kerana selama mereka mengajar, menjaga dan membimbing pelajar, pahala itu akan terus mengalir kepada para penyumbang.
Pahala solat, hafazan, bacaan Al-Quran, dan akhlak baik anak-anak tahfiz, turut memayungi anda apabila anda membantu orang yang mendidik mereka.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan keberkatan rezeki, ketenangan hidup dan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Jom #BuatBaik!

Alhamdulillah, pembinaan bilik warden ini sudah hampir siap sepenuhnya. Cuma tinggal proses pemasangan semula penghawa dingin .Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang menyokong institusi tahfiz kami ini.

Batu bata telah mula dipasang dan diikat.
Jom sama-sama kita membantu membina kediaman ustaz yang berkhitmad di sini kerana Allah SWT.
Kerja-kerja pembinaan bangunan masih dalam proses pembianaan,Usaha infaq kalian sangat bermakna dan bermanfaat buat kemudahan guru-guru yang mendidik anak-anak yatim dan asnaf ,
Assalamualaikum, terima kasih kepada para penyumbang yang menyalurkan infaq bagi menyiapkan pembinaan penginapan guru dan warden di maahad kami.
Pada ketika ini , projek mengubahsuai ruang bilik warden yang bercirikan kabin besi kepada batu bata sedang dijalankan .
Setiap dinding kabin besi ini akan di potong dan dibuang . Proses memotong besi dinding dengan membuang tingkap yang lama serta pintu .
Pihak kami amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada Tuan-tuan dan Puan-puan bagi merealisasikan penginapan khas buat para guru yang berkhidmat mendidik anak-anak tahfiz di sini.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini