DANA PEMBINAAN SURAU AL HIDAYAH SMK BUKIT ROKAN GEMENCHEH

RM250 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

18 Penyumbang

187 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, sama-sama kita infaqkan harta dengan sedekah jariah kepada pembinaan surau ini. Semoga ia menjadi asbab redha Allah SWT bagi kita.


Assalamualaikum wbt, semoga semuanya beroleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Tujuan utama pembinaan surau baharu adalah untuk membina bangunan yang lebih besar dan selamat dengan tambahan kapasiti dari 250 ke 500 jemaah.


Surau Al-Hidayah telah diibina pada tahun 1995 (Surau Nurul Hidayah) dan dinamakan semula tahun 2022 sebagai Surau Al-Hidayah yang mana surau ini adalah pusat kegiatan dakwah dan tempat ibadat bagi semua warga SMK Bukit Rokan.



Surau ini bersaiz 20 kaki lebar x 30 kaki Panjang mempunyai tiga buah pintu untuk pergerakan keluar masuk serta mempunyai 2 rak yang ringkas untuk menyimpan sejadah dan kain sembahyang. Peralatan lain yang terdapat di dalam surau ini ialah rehal bertujuan untuk kegunaan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga mengaji di sini.



Antara cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh surau di bangunan sekarang ialah kapasiti ruangan beribadat sempit untuk memuatkan semua jemaah lelaki dan perempuan solat bersama-sama. Tempat solat wanita tidak berada dalam keadaan yang selamat dan tertutup seperti ruangan solat wanita terbuka dan hanya bertiraikan langsir.



Aktiviti-aktiviti terpaksa dihadkan kerana ruangan terbatas seperti aktiviti ko-kurikulum dan sekolah. Kerap berlaku banjir kilat dan limpahan air apabila hujan menyebabkan air masuk ke dalam surau. Ruang solat yang sempit menjadikan keadaan panas dan tidak selesa. Murid terdedah kepada binatang berbisa disebabkan surau berdekatan dengan longkang besar.



Dengan mengambil kira pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi, pihak pengurusan telah bersepakat untuk membina surau baharu. Anggaran kos yang diperlukan untuk membina surau adalah sebanyak: RM 400,000.000


Oleh yang demikian, pihak pengurusan surau telah memohon kebenaran membina surau baharu yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Mufti Negeri Sembilan dan mendapat kebenaran daripada JHEAINS untuk mengumpul dana melalui kutipan derma awam dan sumbangan individu, syarikat, pertubuhan, yayasan dan sebagainya.



Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan derma, sumbangan wang tunai, dan lain-lain bentuk sumbangan bagi menjayakan pembinaan surau ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua terutama para penyumbang yang budiman. Semoga beroleh ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

KAISYA KHALID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2024