Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 16, 2024
RM190 / 4.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Pihak maahad ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk menghulurkan sumbangan infaq bagi menghadirkan peti ais chiller bagi menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kemudahan makanan harian yang berkhasiat anak-anak tahfiz di sini.

Ia telah menjadi kewajipan dan keutamaan pihak maahad untuk menyajikan hidangan yang berkhasiat buat anak-anak tahfiz di sini. Mereka memerlukan nutrisi yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat bagi menuntut ilmu.

Sebelum ini, pihak maahad tidak dapat menyimpan bekalan makanan berbentuk sayuran dan lain-lain lagi. Kesannya, banyak sayur-sayuran dan buah-buahan mula rosak dan tidak elok untuk dimakan. Dengan kewujudan peti ais chiller itu nanti, insya-Allah dapat memastikan makanan serat tersebut kekal segar dan tidak mudah rosak serta boleh tahan lama.

Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen tabung infaq bagi mencari dana pembelian sebuah peti sejuk chiller untuk kemudahan fasiliti di dapur masak. Anggaran kos untuk sebuah peti sejuk beku yang berkapasiti besar adalah RM3,500.

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari (1897) dan Muslim (1705))

Melalui amalan berinfaq, Allah SWT berjanji akan memasukkan orang yang gemar bersedekah ke dalam syurga-Nya melalui pintu khas iaitu pintu sedekah. Ayuh, bermula serendah RM10, hadirkan sumbangan membantu memudahkan maahad menyediakan fasiliti buat golongan pencinta Al-Quran ini. Anggaplah anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini seperti anak-anak anda dan insya-Allah mereka akan terus menerus mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki buat kalian.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza’ atas kebaikan dan kemurahan hati muslimin dan muslimat yang menghulurkan tangan. Semoga segala kebaikan dan amal sedekah kalian dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 17, 2024
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 17, 2024
ABDUL KARIM BIN HUSAIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 17, 2024
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 17, 2024