MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 27, 2025

INFAQ PEMBELIAN DAPUR MASAK BARU BUAT ANAK TAHFIZ

RM300 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan anda amat bermakna untuk menggantikan dapur dan periuk yang uzur demi kelangsungan hidangan buat anak-anak. Jom bantu hari ini!


Penyediaan dan penyajian makanan kepada anak-anak tahfiz di maahad ini menjadi salah satu tanggungjawab pihak maahad. Alatan-alatan untuk memasak seperti dapur masak dan periuk masak merupakan keperluan terpenting dalam menyajikan setiap masakan dan hidangan kepada anak-anak tahfiz di sini.



Sudah lebih sedekad dapur masak yang sedia ada digunakan tanpa henti dalam menyediakan juadah harian buat anak-anak di sini. Namun, selepas hampir 10 tahun berkhidmat, dapur tersebut kini semakin uzur, dengan permukaan yang berkarat, struktur yang mulai retak, serta fungsi yang tidak lagi seefisien dahulu.



Keadaannya bukan sahaja membahayakan, malah menimbulkan kesukaran kepada tukang masak yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan dalam keadaan serba kekurangan.

 


Terdapat kalanya periuk ini gagal berfungsi ketika memasak, menyebabkan makanan tidak dapat disediakan tepat pada waktunya. Situasi ini menjadi satu cabaran besar kepada tukang masak yang saban hari berusaha memastikan anak-anak di sini mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat. 



Justeru, penggantian peralatan dapur ini amat diperlukan agar kelangsungan penyediaan makanan harian dapat diteruskan dengan lebih lancar dan selamat. Setiap sumbangan kalian boleh juga diniatkan pahala kepada orang tersayang kita yang telah meninggal dunia. Semoga pahala amal ini menjadi penyeri buat mereka di alam sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2025

Kempen Sumbangan Tamat