Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 23, 2024
RM368 / 12.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Infaq merupakan amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam Islam. Dengan berinfaq, kita dapat membantu mereka yang memerlukan, menyumbang kepada pembangunan bagi melahirkan generasi berakhlak dan berilmu dan memperbaiki keadaan sosial. Ia juga menjadi salah satu cara untuk membersihkan harta kita dan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Amalan infaq membawa keberkatan, pahala yang berlipat ganda, dan menjanjikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang komited dalam melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang berilmu, berakhlak mulia, serta berdaya saing. Untuk memastikan kelangsungan operasi dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa, kemudahan asas seperti elektrik dan air adalah sangat penting. Namun, peningkatan kos bil utiliti ini telah menyebabkan kami menghadapi kekurangan dana.
Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan untuk merebut pahala yang ganjarannya berterusan dalam infaq membantu menampung kos bil utiliti ini. Kempen ini bertujuan untuk memastikan bahawa para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat, dengan kemudahan asas yang mencukupi. Dengan adanya bekalan elektrik dan air yang stabil, kami dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan kehidupan harian mereka.
Akhir kata, marilah sama-sama kita membantu pusat pengajian ini yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf mendapat didikan agama khususnya dalam menghafal kalammullah. Semoga segala usaha dan sumbangan anda akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2024
MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2024