MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 08, 2025

DANA KEBAJIKAN ASATIZAH BUAT MAAHAD TAHFIZ

RM305 / 10.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Raih pahala dengan memberi sumbangan yang ikhlas buat para ustaz dan warden. Sama-sama kita ringankan beban, gandakan pahala.


Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang mengikuti jalan dakwah Baginda hingga ke akhir zaman. Dengan penuh rasa rendah diri dan harapan, pihak maahad tahfiz ingin mengajak penyumbang yang budiman untuk bersama-sama dalam usaha murni membantu meringankan beban kos operasi maahad, khususnya dalam menampung gaji para ustaz dan warden yang berdedikasi mendidik anak-anak kita menjadi huffaz Al-Quran yang soleh dan berakhlak mulia.



Para ustaz dan warden memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan ilmu para pelajar. Mereka bukan sahaja mengajar, tetapi juga membimbing, menjaga kebajikan, serta memastikan keselamatan dan disiplin pelajar sepanjang masa. Kebanyakan daripada mereka menerima elaun yang amat minimum, ada yang hanya cukup-cukup makan, demi meneruskan perjuangan mereka dalam dunia pendidikan Islam ini.



Namun begitu, beban kos pengurusan semakin meningkat termasuk keperluan asas seperti makanan, utiliti, penyelenggaraan asrama, dan keperluan pelajar. Oleh itu, pihak maahad sangat memerlukan sokongan kewangan berterusan daripada masyarakat bagi memastikan kelangsungan pusat tahfiz ini.



Setiap sen yang disumbangkan, insya-Allah menjadi amal jariah yang berpanjangan. Selagi ilmu Al-Quran itu diajarkan dan diamalkan oleh pelajar, pahala akan terus mengalir kepada penyumbang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2025

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat