Madrasah, tahfiz dan sekolah pondok adalah institusi asas terhadap kelahiran dakwah Islamiah. Melahirkan pendakwah-pendakwah dan ulama hebat di merata ceruk dunia. Tidak terkecuali di Malaysia kita juga mempunyai madrasah, tahfiz dan sekolah pondok. Perjuangan institusi ini berliku dan berbeza antara satu sama lain.

Sering kali kita mendengar dan mendapat tahu institusi-institusi ini mengalami masalah dari segi pembangunan fizikal serta kewangan. Namun, perjuangan institusi ini tetap diteruskan kerana niat serta jihad fisabilillah. Kekuatan Islam bermula dari didikan dakwah Islam.

Membantu melahirkan para mujahid pada masa akan datang adalah satu kewajipan bagi kita. Kita bantu mengikut kemampuan kita. PKPR berhasrat untuk membantu 5 buah institusi sebagai permulaan. InsyaAllah kita pasti dapat membantu mereka. Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan.

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini