DANA PEMBANGUNAN RUMAH KEDIAMAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

RM195 / 0.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bertujuan mengumpul dana untuk pembinaan kompleks warga emas. Bukan sahaja penjagaan tapi turut menitikberatkan pendidikan.


Malaysia akan menuju negara tua tahun 2023, apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Oleh itu, Darul Insyirah mengambil inisiatif membina sebuah bangunan khas untuk warga emas.



Kita sedia maklum, ramai warga emas memilih untuk tinggal di pusat jagaan berbanding tinggal sendirian di rumah ketika anak-anak keluar bekerja. Siapa yang tidak gembira melihat golongan warga emas boleh bersosial lagi dengan rakan yang sebaya dengannya. Mereka boleh mengaji bersama-sama, solat berjemaah, bercerita, melaksanakan aktiviti bersama dan yang paling penting kebajikan mereka turut terjaga. Ini bukti mereka tidak sama sekali dipinggirkan oleh anak-anak mereka.



“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary Muslim)



Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang terletak di Bandar BaruBangi, Selangor kini memerlukan bantuan dana untuk membina sebuah bangunan yang berkapasiti luas dan selesa untuk warga emas wanita.

Kita faham dengan pelbagai cabaran hidup pada masa sekarang menyebabkan waris juga perlu mencari duit lebih sehinggakan ramai yang memilih untuk menghantar mak ayah ke rumah jagaan warga emas. Bukan sebab meminggirkannya tetapi itulah pilihan terbaik agar mak ayah juga tidak kesunyian di rumah.


Oleh sebab itu, Darul Insyirah sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas hadir membantu dalam menempatkan warga emas dengan menyediakan rumah jagaan dan pendidikan yang meliputi rohani dan jasmani bagi mengisi masa-masa lapang warga emas dengan perkara yang berfaedah.


Ruang kelas yang sedia ada tidak lagi dapat menampung kemasukan baru warga emas bonda kerana ruang yang sedia ada semakin terhad sedangkan permintaan untuk masuk ke sini adalah sangat tinggi. Oleh itu, kami sedang merangka untuk membangunkan sebuah Kompleks Jagaan & Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang lebih besar.


Kompleks ini bukan untuk tempat buangan ibu dan ayah, tetapi tempat untuk warga emas kita belajar dan menjalankan aktiviti. Tujuan utama pembinaan rumah kediaman warga emas adalah untuk memberi ruang dan tempat yang selesa untuk warga emas belajar agama dan bersosial bersama kawan-kawan seusia mereka. Oleh sebab itu, rumah kediaman warga emas ini perlu dibangunkan.



Gambar di atas adalah pelan pembangunan kompleks yang mempunyai 3 tingkat dan boleh memuatkan seramai 150 warga emas.

Jom bantu kami untuk mengumpul dana pembangunan rumah kediaman warga emas Darul Insyirah. Terima kasih buat para penyumbang Pembangunan Rumah Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang terus setia membantu. Tiada yang mampu kami balas melainkan mengharapkan kebaikan itu dikembalikan semula kepada para penyumbang.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

ILLI NADIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat