MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 11, 2023

INFAQ DANA PEMBINAAN BILIK MANDI PELAJAR TAHFIZ

RM25 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERUNTUNG DI AKHIRAT KELAK DENGAN BERINFAQ UNTUK PEMBINAAN TEMPAT MANDI PELAJAR LELAKI DI MAAHAD KAMI.


Pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat agar berlumba-lumba dalam kebaikan dengan menghulurkan infaq bagi menjayakan projek pembinaan bilik mandi pelajar di sini. Kami masih kekurangan dana bagi menyiapkan 6 buah bilik mandi bagi pelajar lelaki kami membersihkan diri mereka setiap hari. Bilik mandi yang sedia ada di maahad tidak mencukupi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.



Kempen ini bertujuan mengajak para dermawan agar menabung saham akhirat untuk meningkatkan fasiliti di maahad bagi kemudahan pengajian anak-anak soleh di maahad kami yang sedang belajar Al-Quran. Islam adalah agama yang indah dan sangat menekankan aspek kebersihan umatnya dalam kehidupan kerana dengan membersihkan diri dengan baik ianya menggambarkan kesucian hati, ketakwaan dan komitmen kita dalam mendekati Allah.



Di maahad bilik mandi bukan sekadar tempat, ia adalah tempat fasiliti yang memberikan para pelajar peluang untuk membersihkan diri secara harian dan menjaga kesihatan jasmani mereka. Di dalam Islam menjaga kebersihan diri adalah cerminan kepada taqwa dan iman yang teguh. Kemudahan bilik mandi yang mencukupi dan selesa amat penting bagi memastikan para pelajar kami dapat menjaga kebersihan tubuh badan dengan baik sebelum mereka beribadah dan belajar.




Akhir kata, pihak maahad dengan tulus mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada semua para penyumbang yang telah terlibat dalam usaha membangun tempat mandi kepada pelajar kami. Sumbangan kalian amat bermakna dan dapat memberikan manfaat besar kepada pendidikan dan keselesaan pelajar-pelajar kami. Semoga Allah membalas dengan pahala yang berlipat ganda dan memberkati usaha ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat