RAYUAN DANA UNTUK IBU TUNGGAL

RM64 / 0.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dana perbelanjaan dan kos baik pulih rumah amat diperlukan. Marilah bersama-sama kita membantu permudahkan segala urusan.


Keadaan hidup yang tidak stabil sebelum ini, menjadi semakin sukar dan mencabar apabila beliau telah kehilangan suami pada bulan Disember yang lalu. Berstatus orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa membesarkan empat orang anak, di mana dua orang anaknya sedang belajar di pusat pengajian tinggi, seorang masih bersekolah, dan seorang lagi tidak bekerja dan mempunyai masalah mental, membuatkan kehidupan beliau benar-benar diuji.



Beliau tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja kerana pergerakan yang terbatas tanpa kaki. Dengan kos sara hidup yang tinggi untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang masih belajar membuatkan beliau dalam keadaan yang sentiasa kebingungan. 



Dengan jumlah bantuan yang masih dalam permohonan daripada pihak tertentu masih belum dapat membantu. Ditambah lagi keadaan rumah yang banyak mengalami kerosakan di sana sini.



Oleh yang sedemikian, kami merayu sekiranya ada masyarakat di luar sana yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga ini. Kos membaik pulih rumah dan sara hidup amat diperlukan.



Marilah bersama-sama kami membantu masyarakat yang memerlukan. Bantu laksanakan program infaq ini agar ia sentiasa menjadi asbab kebaikan. Jom bantu kami jayakan kempen kali ini. Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2024

NABILAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2024

NORZIEY KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 18, 2024

Kempen Sumbangan Tamat