SEDEKAH KEPERLUAN DAPUR BUAT PENGHAFAL QURAN

Dimulakan pada:
18 Mar, 2026
SEDEKAH KEPERLUAN DAPUR BUAT PENGHAFAL QURAN
45.50%
RM1,365
/RM3,000
49
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini. Hulurkan apa yang mampu. Ringankan beban mereka. Kerana mungkin, melalui tangan kita, lahirnya generasi huffaz Al-quran.

Ada dalam kalangan kita yang bangun setiap pagi dengan memikirkan urusan dunia seperti kerja, kewangan, dan keperluan hidup yang tidak pernah habis. Namun, di sudut lain kehidupan ini, terdapat insan-insan terpilih yang bangun dengan satu tujuan yang jauh lebih mulia, menghafal dan menjaga kalam Allah dalam dada mereka.

Mereka adalah para penghafal Al-Quran. Hidup mereka sederhana, masa mereka diisi dengan ayat-ayat suci, bibir mereka sentiasa basah dengan zikir. Namun, di sebalik ketenangan itu, mereka juga manusia biasa yang memerlukan sokongan seperti makanan , keperluan dapur yang mencukupi sepeti minyak masak ,gula , garam, bawang, susu & keperluan harian lain demi kemudahan sajian makanan berkhasiat supaya mereka sedikit rasa tenang untuk meneruskan perjuangan mereka.

Kempen “Sedekah Barangan Dapur kepada Penghafal Al-Quran” bukan sekadar sebuah program kebajikan. Ia adalah jambatan kasih antara kita dan mereka yang menjaga kitab suci Allah. Setiap bahan masakan yang kita hulurkan, setiap titisan minyak yang kita sumbangkan, menjadi saksi bahawa kita juga ingin mengambil bahagian dalam memelihara Al-Quran.

Mungkin pada kita, sumbangan itu kecil. Hanya sekampit beras, sekotak susu, atau beberapa tin makanan. Namun di sisi Allah, ia boleh menjadi besar, menjadi sebab seorang huffaz mampu menghafal Al-Quran.

Alangkah indahnya jika di akhirat nanti, kita dipertemukan dengan pahala yang tidak pernah kita sangka pahala daripada ayat-ayat yang dihafal hasil daripada sedikit bantuan kita. Sedangkan kita tidak pernah menghafalnya, tetapi kita pernah membantu mereka yang menghafalnya.

Inilah peluang yang Allah hadirkan kepada kita. Peluang untuk memberi, untuk menyokong, dan untuk mencintai Al-Quran dengan cara kita sendiri. Dan siapa tahu, sedekah kecil itulah yang menjadi penyelamat kita di hari kemudian.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

25 May 2026

 Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan yang diberikan.Hasil sumbangan kalian digunakan bagi menyediakan keperluan makanan di tahfiz ini.

11 May 2026

Terima kasih atas sumbangan yang disalurkan.

Jom sama-sama kita kejar keredaan Allah SWT melalui infaq barangan dapur.

29 Apr 2026

Alhamdulillah,pihak maahad membeli barangan dapur untuk menyediakan santapan kepana anak-anak tahfiz di sini. Terdapat banyak lagi barangan yang telah dibeli hasil daripada infaq ini. terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang seklain .

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 02, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 29, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

DUA BERADIK WARGA EMAS LUMPUH MAKAN BERGILIR DEMI BERTAHAN
YATIM 9 TAHUN TAHAN LAPAR DEMI IMPIAN GELAR HAFIZAH
SEDEKAH KELENGKAPAN PENGURUSAN JENAZAH
100 TELAGA AIR UNTUK HARAPAN AFRIKA
KONGSI REZEKI MAKANAN HANGAT UNTUK SAUDARA DI GAZA
Kempen Sumbangan Tamat