Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 21, 2025
RM425 / 14.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ribuan terima kasih pihak maahad ucapkan kepada para penyumbang yang selama ini banyak memberi sokongan dalam membantu pihak kami menyediakan fasiliti serta kemudahan terbaik untuk anak-anak tahfiz di sini.
Sumbangan kalian dalam pembayaran bil utiliti eletrik mampu memberi keselesaan buat anak-anak tahfiz serta para guru pengajar yang tinggal di maahad ini dalam penggunaan lampu, kipas angin, penghawa dingin dan membekalkan bekalan air bersih. Hal ini kerana, maahad kami menggunakan pam air untuk mengatasi masalah tekanan air yang rendah di sini.
Dengan adanya sumbangan utiliti eletrik ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan bagi pihak kami menampung kos pengoperasian bulanan bagi maahad ini.

Oleh itu, pihak maahad mebuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam berinfaq melalui kempen sumbangan pembayaran bil utiliti eletrik ini.Sokongan kalian dalam bantuan ini secara tidak langsung membantu dalam penyebaran ilmu agama dan Al-Quran serta membantu dalam melahirkan generasi umat yang menghafaz Al-Quran.

"Kukuhkanlah hubungan kamu dengan Allah, perbanyakkanlah berzikir kepada Allah. Perbanyakkalah bersedekah sama ada secara sembunyi atau terang-terangan dengan itu kamu akan ditambahkan rezeki, kamu akan dibantu dan kerugian kamu akan ditampung."
(Riwayat Mundhiri :Targhib Wa Tarhib)

Marilah kita sama-sama membantu dalam penyediaan kemudahan buat anak-anak tahfiz ini agar dapat meneruskan pengajian dengan baik .Semoga infaq kalian ini membawa keberkatan, pahala yang berlipat ganda, dan diganjari ganjaran yang besar di dunia dan akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 15, 2025
AHMAD SUHAIRI DAPAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 05, 2025
CFN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025