Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 24, 2025
RM10 / 0.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,999
1 Penyumbang
41 Baki Hari
Van inilah yang setia membawa anak-anak tahfiz ke masjid untuk solat jumaat, jemputan solat jenazah ,jemputan bacaan yasin dan tahlil, kenduri, rawatan kesihatan serta urusan harian yang penting.

Pihak maahad memiliki sebuah van lama yang telah digunapakai sebelum ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Jitra,Kedah .Van ini merupakan sumbangan infaq daripada penyumbang kepada pihak maahad. Sekarang ini, van ini sudah lama tidak digunakan, jadi ia memerlukan penyelenggaraan sepenuhnya bagi kegunaan pihak kami di sini.

Kos baik pulih enjin, tayar, brek, minyak hitam dan pemeriksaan keselamatan semakin meningkat. Tanpa penyelenggaraan yang baik, perjalanan mereka boleh terganggu dan berisiko.

Justeru, kami membuka ruang Infaq Selenggara Van Tahfiz agar kenderaan ini dapat terus berfungsi demi kebajikan dan keselamatan anak-anak tahfiz. Dengan adanya van ini, kami dapat mengurangkan beban penggunaan van yang sama secara berkala dalam satu-satu masa. Kekerapan penggunaan van yang sama secara berkala boleh mengundang risiko kerosakan van memandangkan van yang kami gunakan sekarang ini merupakan van yang sudah uzur dan sering berlaku kerosakan. Sekiranya mana-mana van kami rosak , van ini menjadi backup untuk kemudahan pengangkutan anak tahfiz di sini.

Infaq ini bukan sekadar membaiki sebuah kenderaan, tetapi menjaga amanah perjalanan ilmu. Marilah kita bersama-sama mengambil peluang berinfaq dalam berkongsi rezeki demi memastikan perjalanan pejuang Al-Quran ini terus lancar dan diberkati.
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.” (Surah Al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 25, 2025