Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 07, 2025
RM505 / 16.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
44 Baki Hari
Amalan membantu dengan menyumbang untuk pembayaran bil air bagi institusi agama mempunyai banyak kebaikan dan faedahnya. Memandangkan suasana ekonomi negara yang tidak menentu ini dengan kenaikan harga barangan pada hari ini sedikit sebanyak turut menjejaskan pembelanjaan rata-rata institusi tahfiz termasuk Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini dalam memenuhi keperluan kewangan di sini.

Hasil sumbangan orang ramai ini, pihak maahad dapat menyediakan keperluan bekalan air bersih kepada anak-anak tahfiz dan para pendidik yang menetap di sini. Sumbangan ini mampu memastikan bahawa maahad tahfiz ini dapat menjalankan operasi harian dengan lancar dan stabil. Bekalan air yang mencukupi sangat diperlukan bagi kegiatan dan amalan agama seperti solat, mandi, membasuh pakaian, minuman dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan untuk merebut pahala dalam infaq membantu menampung kos bil utiliti ini. Setiap sumbangan bakal memberi manfaat yang bernilai kepada anak-anak tahfiz yang berjuang siang dan malam dalam menghafal Al-Quran.

Jom rebut peluang berinfaq ini di samping dapat meraih saham akhirat yang bernilai yang tidak putus-putus ini buat kita semua. Setiap sumbangan kalian ini menjadi nadi penggerak dalam usaha bagi melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu dan berakhlak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 06, 2025
MUHAMMAD FAHMI
Menyumbang sebanyak RM55.00
Jul 21, 2025