DANA TAHUNAN BAGI AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENDUDUK

Dimulakan pada:
05 Nov, 2025
DANA TAHUNAN BAGI AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENDUDUK
0.18%
RM35
/RM20,000
2
penyumbang
186
baki hari

Tentang Kempen

Marilah bersama kami! Setiap ringgit anda membawa makna besar buat kesejahteraan Kampung Raja.

Persatuan Kampung Raja dengan rendah hati melancarkan Tabung Prihatin Kampung Raja bagi mengumpul dana untuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di kampung kami.

Tujuan utama tabung ini adalah untuk memastikan setiap penduduk dapat hidup dalam persekitaran yang bersih, harmoni dan ceria. Antara inisiatif yang dirancang termasuk:

1. Gotong-royong membersihkan kawasan rumah penduduk,

2. Menceriakan persekitaran kampung.

3. Memperindah kawasan awam agar menjadi tempat yang selesa untuk semua lapisan masyarakat.

Selain itu, dana yang dikumpul akan digunakan bagi penganjuran sambutan-sambutan umum dan keagamaan seperti Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan, Israk Mikraj, serta bulan-bulan istimewa Islam. Sumbangan ini juga akan menampung jemputan penceramah agama bagi mengisi program ilmu dan rohani yang dapat menyemarakkan semangat ukhuwah serta meningkatkan kefahaman agama dalam kalangan penduduk kampung.

Tidak ketinggalan, pada bulan Ramadhan nanti, sebahagian dana akan disalurkan bagi penganjuran jamuan iftar dan sumbangan kepada golongan asnaf serta keluarga yang memerlukan di Kampung Raja. Melalui sumbangan anda diharapkan semangat gotong-royong, kasih sayang, dan kebersamaan antara penduduk dapat terus dipupuk.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 06, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU PARA PEJUANG NAFKAH