MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 31, 2022

DANA PEMBELIAN TANAH MAAHAD AL QURAN NURUL HIDAYAH

RM1,650 / 0.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

77 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Maahad Al Quran Nurul Hidayah merayu kepada para dermawan untuk merealisasikan impian anak maahad mendapat ruang pengajian yang selesa. Ayuh menyumbang!


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din bermula di pondok Ayer Hitam Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Hj Abu Bakar Palestain telah wujud kembali, dengan wujudnya pelajar-pelajar yang datang belajar dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbiran telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai Mudir Maahad.


Saya mewakili ajk Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli sebidang tanah untuk Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah bagi membina ruang pengajian yang selesa kepada anak-anak maahad tahfiz yang menuntut di sini. 





Selama kewujudan maahad tahfiz ini, kami hanya bergantung dengan menumpang di beberapa tempat dan sudah sering kali terpaksa keluar oleh tuan tanah. Jadi sehingga sekarang kami belum ada tanah persendirian milik tahfiz sendiri yang lebih terjamin dan selesa.




Hasil dari sumbangan kalian dapatlah kami mendirikan sebuah tempat untuk anak anak tahfiz ini. Mereka tiada niat lain melainkan hanyalah untuk belajar dan beribadah kepada Allah. Manfaat ini akan dapat dirasakan oleh para pelajar apabila mereka dapat belajar dan menuntut ilmu dengan selesa tanpa perlu berpindah randah lagi. Selain itu juga, para pelajar akan didedahkan dengan ilmu bercucuk tanam serta tempat beriadah jika mereka diberikan ruang dan peluang yang mencukupi.


Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik kepada para dermawan sekalian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat