ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 11, 2024

RAYUAN DANA MESIN JAHIT UNTUK MINORITI MUSLIM

RM120 / 1.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,500

3 Penyumbang

9 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh kita bantu wanita muda umat Islam minoriti di West Bengal mendapatkan mesin jahit supaya mereka boleh dilatih menjahit pakaian sebagai skil untuk kelangsungan hidup yang lebih baik.


Umat Islam di India semakin terhimpit dengan berbagai ujian menimpa mereka. Dari sudut politik, pihak kerajaan mereka terus mencabuli hak orang Islam di sana kerana parti-parti pemerintah amat memusuhi Islam tanpa sebab yang boleh diterima.



Dari sudut kebebasan beragama, di sebahagian negeri hak berhijab dinafikan, dipaksa murtad, dipukul atau dibunuh jika makan daging lembu, serta merobohkan masjid pula sudah menjadi “aktiviti kegemaran” kerajaan di sana. Dari sudut ekonomi, umat Islam dikategorikan sebagai “OBC” (‘Other Backward Community’ atau lain-lain komuniti yang mundur). Oeh itu, peluang pekerjaan amatlah tipis.


Dari sudut pendidikan, kadar buta huruf di kalangan umat Islam adalah yang tertinggi, khususnya wanita-wanita muda, majoritinya adalah tidak bersekolah.



Umat Islam minoriti di West Bengal ini tiada siapa yang akan bela, kecuali KITA!


Sama seperti usaha dilakukan di Kemboja, Nepal, Sri Lanka dan lain-lain, Iltizam Relief Society ingin melihat wanita-wanita muda di West Bengal ini sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran untuk menjahit baju dan lain-lain aktiviti yang boleh menjana ekonomi demi kelangsungan hidup mereka.



Oleh itu, sebagai permulaan, Iltizam Relief Society ingin membekalkan 10 buah mesin jahit untuk melatih wanita-wanita muda di sana dengan skil menjahit pakaian. Jika anda bersama kami dan merasakan ini tanggungjawab kita untuk membela nasib muslimah kita tanpa mengira sempadan, maka hulurkanlah seikhlas hati. Ini adalah projek perintis di India, kejayaan projek ini memerlukan sokongan dari anda. Semoga Allah SWT memberikan kemurahan rezeki kepada anda yang menderma.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024