Yayasan Amanah An-nur Maisarah sebuah rumah anak yatim yang amat menitikberatkan aspek pendidikan. Kesemua anak-anak Yayasan kini bersekolah harian di sekolah yang berdekatan. Kami mempunyai 2 van yang sudah uzur dan kerap keluar masuk bengkel sebagai pengangkutan utama menghantar anak-anak ke sekolah.

Namun, kini hanya tinggal satu sahaja van yang masih boleh bergerak. Kos penyelenggaraan amat tinggi kerana kerap kali perlu dibaiki dan diselenggara. Untuk pengetahuan semua, 2 van tersebut adalah van yang diwakafkan kepada kami oleh individu perseorangan dan ia sudah berusia lebih 30 tahun. Oleh itu, pihak kami memohon sumbangan orang ramai untuk menyumbang kepada kempen ini supaya kami dapat membeli sebuah van untuk kegunaan anak-anak ini untuk ke sekolah.

Pada masa ini, kami perlu menghantar anak-anak ke sekolah secara berulang kali serta menggunakan kereta kakitangan. Kami amat berharap agar dana untuk membeli van ini dapat dikumpulkan bagi keselesaan dan keselamatan anak-anak terjamin.

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini