Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Oct 24, 2021
RM2,548 / 35.39 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,200
122 Penyumbang
Kempen Berakhir!
==============================
DAPUR QASEH ADYAN NADZIR
==============================
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kami telah memulakan perancangan untuk melaksanakan projek Dapur Qaseh Adyan Nadzir sebelum kita melangkah ke tahun baru 2022.
Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk membantu dan meringankan beban pekerja-pekerja di kedai-kedai serbaneka, supermarket, mini market, station minyak, dan sebagainya. Susulan keadaan pandemik yang masih menghantui kita sekarang. Ramai yang terkesan terutama sekali dari segi kewangan disebabkan oleh potongan gaji dan sebagainya.
Oleh yang sedemikian, pihak kami mengambil pendekatan untuk menggunakan kaedah pemberian set nasi lengkap untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada setiap hari Jumaat seperti maklumat projek berikut :-
Nama Projek : DAPUR QASEH ADYAN NADZIR
Tempoh Pelaksanaan : SETIAP HARI JUMAAT (NOVEMBER & DISEMBER)
Jumlah Bungkusan : 200 BUNGKUS SETIAP AGIHAN
Jumlah Bungkusan Keseluruhan : 1,800 BUNGKUS
Harga Sebungkus : RM4.00
Jumlah Sasaran Keseluruhan : RM7,200.00
Harapan kami, agar kita sebagai sebuah komuniti dapat bersatu hati dalam membantu masyarakat yang sedang menghadapi detik yang sangat sukar dan mencabar ini, dengan matlamat mampu meringankan beban mereka dalam mempermudahkan segala urusan yang dihadapi semampu yang boleh.
==============================
Rasulullah SAW bersabda :-
"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."
==============================
Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di Dunia dan Akhirat.
==============================
Website :
https://sahabatadyannadzircare.blogspot.com
Facebook Page :
https://m.facebook.com/SahabatAdyanNadzirCare
Instagram : https://www.instagram.com/adyannadzir_care
TikTok :
https://vt.tiktok.com/ZSeNU1xqB/
.
☎️ 011-7378 4703
✉️ wasap.my/601173784703
💌 sahabatadyannadzircare@gmail.com
.
"We Always Bring You The Best."
#SahabatAdyanNadzirCare
#DapurQasehAdyanNadzir
#ProgramInspirasiPejuang2021
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Terima kasih atas sumbangan semua. Semoga Allah membuka pintu rezeki kalian seluas-luasnya. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki yang dikongsikan oleh para penyumbang. Dapur Qaseh Adyan Nadzir sentiasa beroperasi dalam menyediakan makanan untuk berkongsi rezeki kepada masyarakat yang memerlukan.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat pagi dan salam hujung minggu.
Alhamdulillah, pihak kami telah menjalankan Program Kongsi Rezeki melalui Projek Dapur Qaseh Adyan Nadzir sejak 2 minggu lepas.
Ini adalah hasil daripada sumbangan anda, dan kami masih lagi memerlukan sumbangan untuk menjayakan program ini sehingga ke garisan penamat.
Terima kasih atas segalanya.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 18, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 17, 2021