RAYUAN INFAQ UNTUK TABUNG DAKWAH

Dimulakan pada:
19 Jan, 2021
RAYUAN INFAQ UNTUK TABUNG DAKWAH
105.22%
RM9,470
/RM9,000
288
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bantu kami meneruskan kerja-kerja dakwah, pengislaman dan merungkai salah faham terhadap Islam. Untuk membimbing muallaf dan asnaf asal Islam yang perlu kembali diislamkan.
HidayatQ_1613013536.jpeg
Bantu kami meneruskan kerja-kerja dakwah, pengislaman dan merungkai salah faham terhadap Islam. Untuk membimbing muallaf dan asnaf asal Islam yang perlu kembali diislamkan.
HidayatQ_1613013536.jpeg

Laporan Kempen

06 Mar 2022



Pada 2-3 Mac lalu, PERKIM BTP telah melaksanakan misi dakwah ke Kg Pos Lemoi, di Ringlet, Cameron Highlands bersama Kelab PERKIM UIA. Antara aktiviti di sini ialah beramah mesrta dengan Orang Asal, sukaneka dan memberi bantuan stationery kit kepada anak-anak OA. Kami juga berdialog dengan Tok Batin berkaitan kepercayaan asas OA yang belum memeluk Islam.

Misi Dakwah ini dinamakan "Jalinan Kasih" iaitu misi dakwah khas untuk OA. Ini adalah misi yang kedua.

Misi Jalinan Kasih ini berjaya dilaksanakan hasil sumbangan dari anda semua.

Oleh kerana perjalanan ke tempat ini mencabar, hanya boleh akses dengan pacuan 4 roda, oleh itu sewa kenderaan sahaja menelan belanja tinggi.

Mengapa kami ke sini?

Mubaligh kristian selalu ke sini. Malah mubaligh agama Bahai pun telah berjaya membawa masuk beberapa keluarga memeluk agama mereka.

Kita perlu ke kg OA seperti ini untuk mempertahan akidah mereka yang telah Islam dan mengajak yang belum Islam.

Jangan bila ada yang istihar murtad, baru kita hendak "bangun dari tidur".


Selain itu, dana dari kutipan ini juga telah digunakan untuk membiayai kelas bimbingan Fardu Ain, iaitu setiap Ahad. Setiap kehadiran muallaf kami beri mereka elaun kehadiran sebanyak RM10 sebagai galakkan tetapi guru berkhidmat secara percuma.


Banyak lagi dana diperlukan untuk kami menjalankan kerja dakwah.


Terima kasih sumbangan anda semua. Sesungguhnya Allah sahaja mampu membalas jasa anda.

Sekian laporan.

03 Nov 2021

https://youtube.com/watch?v=gYYXHJFbYCk&feature=share


Ketika sambutan Maulidur Rasul, ahli-ahli PERKIM BTP dan muallaf telah melaksanakan street dakwah di sekitar Bandar Tasik Puteri & Batu Arang.


Terima kasih atas sumbangan anda kerana ini membantu kami laksanakan kerja-kerja dakwah.

11 Oct 2021

10/10/2021


Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini, PERKIM Bandar Tasik Puteri telah pun mengadakan kelas bimbingan agama kepada muallaf-muallaf baru secara bersemuka di Darul Fitrah, PERKIM BTP. Ini kelas pertama bersemuka setelah ada kebenaran SOP baru. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

03 Jul 2021

Alhamdulillah, sepanjang tahun ini PERKIM BTP telah mengendalikan pengIslaman seramai 11 orang.

Dukacita juga, PERKIM BTP juga telah membantu menuntut dan mengebumikan satu jenazah Muallaf yang merupakan seorang yang memeluk Islam melalui PERKIM BTP pada tahun 2017.


Terima kasih atas sumbangan anda, kerana sangat membantu PERKIM BTP segera melaksanakan aktiviti dan tindakan-tindakan yang perlu.


Ketika pandemik ini yang semakin buruk, kerja-kerja dakwah, tarbiyah dan kebajikan telah menjadi semakin mencabar. Ada dikalangan muallaf yang perlu dipulihkan akidah dan kaunselling kerana ugut murtad atau bunuh diri kerana terjejas kelangsungan hidup disebabkan Covid-19.


Oleh itu besarlah harapan kami jika anda yang masih mempunyai kemampuan menghulurkan infaq ikhlas untuk PERKIM BTP terus berdakwah dan menjalankan kerja-kerja kebajikan.

 


10 Mar 2021
Hidayah daripada Allah. Enam sekeluarga telah kembali ke agama fitrah pada 6/3/2021 di Perkim Cawangan Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2021
CHE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 24, 2021
CHEDOE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 17, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 13, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

PROGRAM BERBUKA PUASA BAGI ANAK YATIM ASNAF
SUMBANGAN PROGRAM BERBUKA PUASA SAHABAT OKU YANG MEMERLUKAN
TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN
PEK MAKANAN RAMADAN KELUARGA MISKIN PENJAGA ANAK OKU DI PAKISTAN
SEDEKAH BAKUL MAKANAN ASNAF BULAN SYAABAN DAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat