DERMA KILAT BANTUAN BANJIR

Dimulakan pada:
19 Dec, 2021
DERMA KILAT BANTUAN BANJIR
108.39%
RM216,783
/RM200,000
4767
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bantuan kilat untuk mangsa-mangsa yang dilanda musibah banjir yang sangat teruk baru-baru ini. Jom bersama kami, menghulurkan bantuan kepada mereka.
Bencana banjir telah melumpuhkan banyak negeri di semenanjung Malaysia. Ribuan penduduk terjejas dan mereka kini sedang menanti bantuan untuk meneruskan kehidupan! 

Kami di sini terpanggil untuk sama-sama menggerakkan terus bantuan buat insan-insan yang memerlukan ini dan berharap agar semua diluar sana dapat bertahan sehingga bantuan sampai dengan segera.


Mari bersama ringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Derma Kilat PPIM. 


Semoga dengan sedikit sumbangan daripada anda boleh mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini. 


#DaruratBanjir

#monsoonseason

#Selangor

#Pahang

Bantuan kilat untuk mangsa-mangsa yang dilanda musibah banjir yang sangat teruk baru-baru ini. Jom bersama kami, menghulurkan bantuan kepada mereka.
Bencana banjir telah melumpuhkan banyak negeri di semenanjung Malaysia. Ribuan penduduk terjejas dan mereka kini sedang menanti bantuan untuk meneruskan kehidupan! 

Kami di sini terpanggil untuk sama-sama menggerakkan terus bantuan buat insan-insan yang memerlukan ini dan berharap agar semua diluar sana dapat bertahan sehingga bantuan sampai dengan segera.


Mari bersama ringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Derma Kilat PPIM. 


Semoga dengan sedikit sumbangan daripada anda boleh mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini. 


#DaruratBanjir

#monsoonseason

#Selangor

#Pahang

Laporan Kempen

31 Dec 2021

Berlangsungnya sebentar tadi Majlis Perlepasan Misi Bantuan Banjir PPIM X ATMS yang dirasmikan oleh toqqi@Nadzim Johan bagi mengagihkan bantuan buat mangsa-mangsa banjir.





31 Dec 2021

Alhamdulillah Misi Bantuan Banjir PPIM X ATMS sebentar lagi berjalan dengan lancar.




31 Dec 2021

Alhamdulillah syukur! Lebih 250 Kotak Infaq Rezeki & susu bayi berjaya disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini!





31 Dec 2021

Alhamdulillah, syukur pada hari Jumaat, 24 Disember 2021 semalam, Misi Bantuan INFAQ REZEKI PPIM bersama Nasi Mat Rock dan Team 4X4 Gombak akan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah Temerloh, Pahang bagi mengagihkan bantuan buat mangsa banjir. Sebanyak 200 kotak barangan keperluan asas, 200 kotak susu bayi, 300 paket RTE foods, 20,000 pek roti berserta kelengkapan ibadah seperti sejadah, Al-quran, kain pelikat dan telekung bakal diterima oleh mangsa-mangsa banjir.





31 Dec 2021
Sukarelawan PPIM telah pun bersama-sama membantu mangsa banjir untuk membersihkan rumah yang telah dipenuhi oleh lumpur. Semoga bantuan ini dapat meringakan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir dengan menyumbang kepada tabung bantuan untuk mangsa banjir oleh PPIM


31 Dec 2021
Alhamdulillah! Sebanyak 60 Kotak Infaq Rezeki telah berjaya disumbangkan kepada penghulu sebuah perkampungan orang asli di Jerantut, Pahang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.



31 Dec 2021
Alhamdulillah!
Selesai sudah Misi Bantuan Banjir Infaq Rezeki PPIM hari ini bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia& SAHABA 99 MC Malaysia ke Pahang bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjadi baru-baru ini.
Sebanyak 250 kotak Infaq Rezeki, susu bayi, mineral water & beberapa pasang set alas tidur berjaya diagihkan demi membantu mereka yang terkesan dengan bencana ini.
Allahuakhbar! Terima kasih kepada para penyumbang kerana sumbangan anda berjaya menggembirakan hati mereka!



22 Dec 2021

Assalamualaikum para penyumbang,


Alhamdulillah semalam pada 21/12/21 kami telah mengagihkan bantuan makanan yang sudah dimasak kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Muda, Shah Alam.


Mereka ini antara mangsa yang lama terperangkap dalam banjir dan terputus bekalan makanan. Di bawah ini, kami sertakan gambar-gambar semasa agihan diberikan.


Kami juga berharap agar para penyumbang serta rakyat malaysia yang prihatin terus membantu kami dalam mengumpul dana ini agar bantuan dapat diteruskan. InsyaAllah


Sama-sama kita membantu dan terus berdoa agar segala urusan kita dan mangsa banjir dipermudahkan.










22 Dec 2021


22 Dec 2021

Kondisi Agihan Bantuan Kepada Mangsa Banjir



22 Dec 2021

UK PPIM Telah mengagihkan 60 kotak bantuan, namun hal ini masih sangat kurang. sehingga kami dari team UK PPIM dan relawan PPIM akan mengagihkan 1000pkt Beras dan 500 Kotak infaq rezeki.


Kami dari PPIM masih sangat memerlukan bantuan dari penyumbang untuk menyokong kegiatan yang kami lakukan ini


Sebarkan Ke semua Kontak anda.

Apapun jenisnya kami memerlukan bantuan dari anda.

22 Dec 2021


Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Jan 17, 2022
IRFANAYLIZZAHNAJWA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

RAYUAN KECEMASAN BANTU MANGSA BANJIR DAN TANAH RUNTUH
SEDEKAH BANTU ORANG TUA YANG HIDUP DALAM KEMISKINAN
PAKEJ MAKANAN RAMADAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ
SEDEKAH IFTAR UNTUK ASNAF BERBUKA PUASA SELAMA RAMADAN
SEMPURNAKAN FARDU KIFAYAH UNTUK INSAN TERBIAR
Kempen Sumbangan Tamat