ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 12, 2022

DERMA KILAT UNTUK 250 ORANG TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

RM805 / 8.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengumpul derma kilat bagi membantu 250 orang yang serta merta sehelai sepinggang apabila rumah-rumah mereka hangus terbakar dengan segala isi rumah, kereta dan harta benda lain.


250 orang tinggal sehelai sepinggang kerana rumah hangus terbakar!


Pada 10 Oktoer 2022, sekitar 2:20 pagi, kebakaran bermula dari sebuah rumah di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah, dengan pantas api merebak ke rumah-rumah lain sehingga 44 buah rumah hangus (angka terkini, jumlah sebenar mungkin meningkat lagi kerana masih disiasat).


Difahamkan semasa kejadian, penduduk sedang tidur, maka oleh itu ketika mereka menyedari kebarakan ini tiada apa yang dapat diselamatkan. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan. Pihak Bomba telah dapat mengawal kebarakan sekitar 4.21 pagi dan operasi telah dihentikan pada pukul 6.43 pagi.



Namun, mereka kehilangan segalanya dalam kebakaran ini. Kita doakan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kita masih hangat menyambut Maulidur Rasul, musibah pula menimpa saudara kita di Kampung Tanjung Kapur ini. Oleh itu, marilah kita ringankan sedikit beban dan duka mereka dengan membantu apa yang perlu dalam masa terdekat ini.



Sukarelawan kami telah pun sampai ke tempat kejadian dan mengirimkan kami laporan serta gambar-gambar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mereka banyak memerlukan makanan, pampers, susu anak-anak, selimut, tilam, bantal, dan pakaian seragam dan peralatan sekolah anak-anak.




Menurut perangkaan, iaitu mereka yang mempunyai dokumen yang sah sahaja, setakat ini 250 mangsa menjadi sehelai sepinggang, iaitu 107 dari 250 itu adalah terdiri dari kanak-kanak. Baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan peralatan sekolah semuanya hangus.


Derma kilat anda sekarang akan memberi banyak sokongan moral dan kuatkan semangat 250 orang ini yang hilang segalanya dalam kebakaran ini. Rata-rata mereka adalah keluarga-keluarga nelayan yang bina rumah dekat-dekat antara satu sama lain untuk kelangsungan hidup. Sasaran kami untuk mengumpul RM10,000 pada kadar segera.


Anda mahu membantu?





اليد العليا خير من اليد السفلى


 “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUZAINI BINTI MOHD YUNUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat