DERMA KILAT KEBAKARAN RUMAH PELAJAR DAN BEKAS TENAGA PENGAJAR RAUDHATUL HUFFAZ

RM170 / 1.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Derma bagi kutipan kemalangan kebakaran yang berlaku di Pekan Lama, Pitas Sabah ia melibatkan 3 buah rumah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...


Begitulah yang berlaku pada 22 Ogos 2023 yang lalu apabila kami telah menerima berita bahawa 3 buah rumah di Kg. Pekan Lama, Pitas Sabah telah mengalami kebakaran dan mangsa yang terlibat adalah rumah pelajar Raudhatul Huffaz dan bekas tenaga pengajar Raudhatul Huffaz.



Keadaan 3 buah rumah yang terbakar


Kebakaran tersebut telah berlaku pada jam 9 pagi semalam dan telah memusnahkan seluruh isi rumah yang membabitkan beberapa buah rumah anak-anak tajaan Raudhatul Huffaz dan bekas tenaga pengajar kami. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih di dalam siasatan pihak yang berkuasa.



Mangsa-mangsa kebakaran ini tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang di rumah orang kampung yang berbesar hati untuk membantu mereka.



Marilah sama-sama kita berkongsi rezeki membantu saudara kita yang sedang diuji bagi meringankan sedikit beban mereka kerana mereka ini adalah antara keluarga miskin tegar di kawasan tersebut. Moga sumbangan ini antara asbab untuk ke syurga Allah nanti.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat