Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,820 / 14.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
125 Penyumbang
29 Baki Hari
Beribu-ribu mangsa banjir Pantai Timur dipindahkan!
Musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula, di sana sini telah pun banjir. Musibah kali ini juga melibatkan tanah runtuh sehingga tragedi mengorbankan banyak nyawa seperti di Batang Kali. Terkini, banjir di tiga negeri Pantai Timur dikatakan semakin memburuk. Hospital, sekolah, rumah-rumah serta jalan-jalan utama semuanya banjir.
Ramai terperangkap di rumah perlu dipindahkan dengan selamat ke pusat perlindungan sementara. Untuk mereka, kami sediakan kit kebersihan (sabun, berus gigi dll), air botol, snek pek dan lain-lain. Dengan dana yang sedia ada, kami telah pun menyediakan 500 set dan bersedia digerakkan bila-bila masa. Namun, buat masa sekarang mangsa terus meningkat.
Ramai yang terperangkap di rumah tetapi tidak perlu berpindah atau tidak mahu pindah kerana rumah dibina tinggi. Ini yang menjadi fokus bantuan kami. Kami akan memberikan bantuan makanan untuk mereka masak dan makan. Kami memerlukan dana yang besar untuk bantuan ini yang memerlukan sokongan logistik dan sukarelawan.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim No. 2699)
Kini, saudara kita di Malaysia memerlukan pertolongan kita. Ayuh, bantu dengan derma kilat sekarang!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
28/12/2022, alhamdulillah ILTIZAM selesai memberi bantuan untuk 300 mangsa banjir di Pasir Putih.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
21/12/2022: Alhamdulillah, Misi 1 Bantuan Banjir Pantai Timur:
1) Kuala Telemung:
200 tikar
200 selimut
200 baldi
200 kit kebersihan
216 botol air
2) Dapur Iltizam : Insya Allah di Kok Lanas. Akan dikemas kini.
Setakat itu Misi 1 mengikut dana yang ada.
Ayuh kita menyumbang!
21/12/2022: Alhamdulillah, Misi 1 Bantuan Banjir Pantai Timur:
1) Kuala Telemung:
200 tikar
200 selimut
200 baldi
200 kit kebersihan
216 botol air
2) Dapur Iltizam : Insya Allah di Kok Lanas. Akan dikemas kini.
Setakat itu Misi 1 mengikut dana yang ada.
Ayuh kita menyumbang!
21/12/2022, Bukit Jelutong, Shah Alam. Tempahan kami untuk 200 tikar dan 200 selimut telah sampai. Kami akan hantar ke Kuala Telemung, Terengganu hari ini bersama 200 baldi, 200 set kebersihan, 216 botol air minum.
Insya Allah, kami juga akan membantu dapur rakyat untuk mangsa banjir Kelantan di mana kami bersama rakan tempatan akan masak untuk 2,000 pek makanan satu hari, iaitu 1,000 untuk makan tengah hari dan 1,000 untuk makan malam. Dana besar amat diperlukan.
Kami merayu sumbangan anda semua.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan harta yang lebih baik lagi barokah.
ABD WAHID MASJUNI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2023
NUR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2023