ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Dec 19, 2022

RAYUAN DERMA KILAT MISI BANJIR PANTAI TIMUR

RM4,305 / 107.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

192 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Beribu-ribu mangsa banjir sedang dipindahkan ke tempat selamat. Mereka memerlukan bantuan segera dari kita semua. Derma kilat anda akan membantu Iltizam Relief agihkan bantuan diperlukan.


Beribu-ribu mangsa banjir Pantai Timur dipindahkan!


Musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula, di sana sini telah pun banjir. Musibah kali ini juga melibatkan tanah runtuh sehingga tragedi mengorbankan banyak nyawa seperti di Batang Kali. Terkini, banjir di tiga negeri Pantai Timur dikatakan semakin memburuk. Hospital, sekolah, rumah-rumah serta jalan-jalan utama semuanya banjir.



Ramai terperangkap di rumah perlu dipindahkan dengan selamat ke pusat perlindungan sementara. Untuk mereka, kami sediakan kit kebersihan (sabun, berus gigi dll), air botol, snek pek dan lain-lain. Dengan dana yang sedia ada, kami telah pun menyediakan 500 set dan bersedia digerakkan bila-bila masa. Namun, buat masa sekarang mangsa terus meningkat.





Ramai yang terperangkap di rumah tetapi tidak perlu berpindah atau tidak mahu pindah kerana rumah dibina tinggi. Ini yang menjadi fokus bantuan kami. Kami akan memberikan bantuan makanan untuk mereka masak dan makan. Kami memerlukan dana yang besar untuk bantuan ini yang memerlukan sokongan logistik dan sukarelawan.



Menurut sukarelawan kami di tempat-tempat kejadian, hujan turun berterusan sejak 18 Disember 2022. Ini satu petunjuk bahawa banjir akan bertambah buruk. Sebagai NGO, kami tiada kebenaran untuk membantu memindahkan mangsa tetapi kami fokus kepada bantuan makanan, kit kebersihan, air minum, tilam atau apa-apa sahaja yang boleh membantu mereka. Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:


“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim No. 2699)


Kini, saudara kita di Malaysia memerlukan pertolongan kita. Ayuh, bantu dengan derma kilat sekarang!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

ZALITA BT YAACOB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

NUR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat