YAYASAN AL HUDA MUSI RAWAS

Dimulakan pada Mar 13, 2023

DERMA KILAT MUSIBAH BANJIR MUSI RAWAS INDONESIA

RM150 / 2.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir di Musi Rawas, Indonesia. Bantuan keperluan asas seperti beras, mee segera, ubat-ubatan dan air bersih. Ayuh, kita kurangkan beban mereka!


Sumber media melaporkan banjir di Kecamatan Muara Kelingi, Kabupaten Musi Rawas berlaku kerana limpahan air sungai naik melebihi kawasan perumahan. Beberapa kampung di Kabupaten Musi Rawas yang terletak di tebing sungai yang terendam banjir antaranya adalah kampung Lubuk Tua, Lubuk Muda, Tanjung, Binjai, Pulau Panggung, Bingin Jungut dan Muara Kelingi.




Selain itu, terdapat beberapa lagi kawasan di Musi Rawas yang dilanda banjir besar iaitu Daerah BTS Ulu. Setakat ini, maklumat yang dikumpul kira-kira 270 buah rumah dinaiki air dan terdapat satu jambatan rosak di Kampung Pulau Panggung yang rosak pada sabtu 11 Mac 2023 dan diramalkan akan berlaku gangguan berkaitan banjir ini.


“Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari kesusahan dunia orang mukmin, Allah akan menghilangkan kesusahan dari kesusahan hari kiamat." (Riwayat. Muslim)



Sekarang cuaca mendung dan hujan masih berlaku. Walaupun paras air sudah mencecah 4 meter, ada penduduk yang memilih untuk tinggal di rumah masing-masing. Akibat banjir ini, semua aktiviti penduduk terganggu. Pada masa ini, penduduk yang dilanda banjir amat memerlukan bantuan daripada kita semua terutama bantuan keperluan asas seperti beras, mee segera, ubat-ubatan dan air bersih dan sebagainya.



Melalui kutipan derma ini, kami Al Huda Musi Rawas (Aldasira) dengan segala kerendahan hati menjemput semua penderma agar dapat membantu saudara-saudara kita di Musi Rawas, Indonesia yang dilanda banjir agar mereka dapat bertahan dan memenuhi keperluan asas. semasa banjir. Kita sama-sama berharap kepada Allah SAW agar banjir yang menimpa saudara-saudari dapat segera surut dan kembali pulih aktiviti ekonomi mereka dan kita semua. Amin!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2023

WAN NORAZRIL BIN WAN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2023

YUNOS MANSOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat