Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 24, 2022

DERMA KILAT RUMAH TERBAKAR AU1

RM4,440 / 29.60 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM15,000

206 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Jom Bantu Keluarga Ini! Mari jadi rakyat Malaysia yang prihatin dan sebarkan kasih sayang anda buat mereka dan bantu mereka dengan proses pemulihan ini.


Innalillahi wainna ilaihirojiun. Alangkah pilunya hati apabila sebuah pangilan telefon yang diterima merupakan panggilan yang menghibakan apabila diberitahu bahawa kediaman yang menjadi tempat berlindung bersama ibu,ayah dan adiknya di sambar api yang sedang marak. Bergegas ke sana yang tinggal hanyalah kenangan yang hanya kekal di minda bukan lagi di hadapan mata. Syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku hanya runtutan hati yang hancur berkecai melihat ibu yang tidak sihat hampir pitam melihat rumahnya dijilat api dan juga ayahnya yang sepatutnya menjalani pembedahan mata nya 25 Januari ini.




Rumah terbakar hampir 90% malam Sabtu yang lalu. Alhamdulillah ketika kejadian tiada penghuni di dalam rumah. Kerugian melibatkan bukan hanya harta di dunia bahkan harta akhirat iaitu sekotak Al-Quran dan sekotak Yasin yang sudah siap sedia untuk diedar dan di infaqkan juga hangus dijilat api yang marak. Dalam satu kelipan mata mereka menjadi terkapai-kapai tanpa pakaian, tempat berteduh dan berlindung. Rumah mereka juga tidak dilindungi insurans kerana sudah habis di bayar 6 tahun yang lepas.



Kami dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri berada di tempat kejadian menyaksikan kejadian ini. Kami yakin ramai rakyat Malaysia yang juga tersentuh hatinya seperti kami apabila melihat dan mendengar ujian keluarga ini. Mereka perlukan sokongan kita untuk mendapatkan kembali semangat yang hilang. Marilah kita menjadi sebahagian keluarga Malaysia yang membantu mereka dalam proses pemulihan ini. “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” - Hadis riwayat Muslim


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 20, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 09, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat