Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM7,855 / 39.28 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
324 Penyumbang
180 Baki Hari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pada tahun 2022, setakat Julai 2022 hanya 3 orang telah memeluk Islam melalui PERKIM Cawangan BTP (PERKIM BTP), alhamdulillah. Selain itu, 2 orang lagi yang telah murtad telah dipulihkan akidah mereka dan kini telah kembali ke agama fitrah.
Gambar di atas - Pesuruhjaya Sumpah didatangkan ke PERKIM BTP untuk mualaf mengangkat sumpah menyatakan mereka telah memeluk Islam dan seterusnya ke JPN untuk proses menukar kad pengenalan. Pesuruhjaya Sumpah ini dibayar oleh PERKIM BTP.
Kini 39 orang Mualaf mengikuti kelas-kelas bimbingan dan setiap bulan angka ini terus bertambah. Mualaf juga dibantu dari A-Z selepas memeluk Islam, termasuk memastikan mereka segera angkat sumpah untuk mendaftar status pengIslaman di JPN dan menukar kad pengenalan, membuka akaun bank bagi memudahkan pemberian bantuan. PERKIM BTP juga menyewa van / kereta untuk ambil mualaf-mualaf yang tinggal jauh dan tiada kenderaan untuk memastikan tiada alasan untuk hadir ke kelas-kelas bimbingan. Inilah antara perbelanjaan terbesar PERKIM BTP.
Kami difahamkan oleh MAIS, terdapat ramai lagi yang memohon untuk murtad di kawasan Rawang dan meminta PERKIM BTP untuk membantu sentiasa menyantuni dan memberi khidmat kaunselling kepada mereka. Selain itu, inflasi telah menyebabkan ramai Asnaf B40 dan Muallaf B40 yang terjejas. Kami di PERKIM BTP selalu dihujani dengan berbagai permintaan untuk bantuan.
Gambar di atas - Menziarahi dan meyantuni salah seorang anak keluarga ini yang baru kembali ke agama fitrah setelah istihar murtad.
Mungkin disebabkan inflasi juga, sumbangan untuk PERKIM BTP agak berkurangan dan dana kami juga amat kritikal. Namun kerja-kerja dakwah perlu terus disuburkan, kerja-kerja kebajikan perlu diteruskan, dan kerja-kerja tarbiyah juga perlu diperbanyakkan.
Jika kita alpa, seorang mungkin memeluk Islam hari ini, pada masa yang sama 3 orang mungkin memohon untuk keluar dari Islam! Nauzubillah! Kami di peringkat cawangan PERKIM, bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan. Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kami amat-amat memerlukan sumbangan anda sekarang! Berbagai aktiviti akan tertangguh tanpa dana segera! Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada semua penyumbang.
Gambar di atas - Begitu juga dakwah kepada non-muslim yang berkunjung ke PERKIM BTP dan memeluk Islam, ada yang tidak memeluk Islam tetapi ingin berfikir terlebih dahulu.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Ramai Muallaf kerja biasa-biasa datang belajar di kelas fardu ain adalah perkara biasa.
Kali pertama seorang doktor perubatan juga turut hadir, beliau juga adalah muallaf. Kehadiran beliau menjadikan kelas lebih mencabar dan lebih mantap kerana soalan-soalan dari beliau amat padu dan tinggi. Alhamdulillah, beliau amat istiqomah dengan Islam sehingga pernah dipulau oleh rakan-rakan doktor yang lain dan saudara mara.
Jom bantu PERKIM BTP untuk sebarkan Islam, tarbiyah mereka yang memerlukan bimbingan dan bantu mereka yang memerlukan bantuan.
Tonton video ini, PERKIM BTP juga aktif membantu kawasan dilanda banjir terutama ketika banjir besar.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Alhamdulillah, 26 December 2022 sekali lagi PERKIM BTP telah menghantar sumbangan bantuan banjir. Kali ini kami menuju ke salah satu negeri di pantai timur iaitu Kelantan.
Di sini kami telah menuju ke beberapa tempat di sekitar Kelantan.
Tempat pertama, kami menuju ke Kampung Kok Kebik, Tumpat di mana sebanyak 20 set barang dapur diagihkan.
Tempat kedua, kami ke Kelaboran, Tumpat di mana sebanyak 13 set barang dapur diagihkan.
Tempat ketiga, kami ke Kijang Sebidang, Tumpat di mana sebanyak 50 set barang dapur diagihkan.
Tempat keempat dan terakhir, kami ke Jejawi, Pasir Mas di mana sebanyak 40 set barang dapur diagihkan.
Semoga usaha ini kami diberkati Allah SWT.
Tanggal 18 Dis 2022, PERKIM BTP buat pertama kalinya telah mengadakan ziarah mahabah ke Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong dengan menyantuni penduduk setempat dan memberi jajan dan roti untuk kanak-kanak orang Asli di sini. Lebih 85% penduduk sini sudah memeluk Islam tetapi majoriti perlukan bimbingan berterusan.
Inn Sha Allah, PERKIM BTP akan menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat.
Doakan kami agar hasrat murni ini tercapai.
#perkimbtp
#bukitlagong
Tanggal 18 Dis 2022, PERKIM BTP buat pertama kalinya telah mengadakan ziarah mahabah ke Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong dengan menyantuni penduduk setempat dan memberi jajan dan roti untuk kanak-kanak orang Asli di sini. Lebih 85% penduduk sini sudah memeluk Islam tetapi majoriti perlukan bimbingan berterusan.
Inn Sha Allah, PERKIM BTP akan menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat.
Doakan kami agar hasrat murni ini tercapai.
#perkimbtp
#bukitlagong
AMBARIAH SAMSURI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 13, 2023
NADIA BINTI ABDUL RAHMAN
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 13, 2023
YUZHANA MARZUIN BT ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2023