Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh
Dimulakan pada Oct 27, 2020
RM16,475 / 16.48 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
396 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Para penyumbang yang dikasihi sekalian. Kami dari Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh ingin memohon sumbangan pembinaan madrasah kami. Madrasah Tahfiz Pekan Sungai Buloh bukanlah sebuah institusi yang menjanakan keuntungan apatah lagi kemasyuran. Apa yang diharapkan ialah untuk melahirkan professional di kalangan para huffaz.
Namun begitu, ia tidak semudah dengan hanya berkata-kata, melainkan ianya memerlukan sokongan, dokongan dari semua pihak samada dari individu, syarikat-syarikat dan badan koporat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi sama-sama kita merealisasikan impian yang murni ini. Apa yang kita punya, adalah apa yang kita belanjakan (infaq) untuk akhirat kelak. Tidak akan miskin orang yang berinfaq di jalan Allah.
Oleh itu kami sangat memerlukan bantuan dana secara berterusan agar pembinaan Madrasah ini dapat diselesaikan dengan segera. Ini kerana dana pembinaan Madrasah ini 100% datangnya dari penyumbang yang pemurah. Kami tiada penaja secara tetap daripada mana mana pihak. Ini semua hasil daripada sumbangan orang ramai yang melabur wang mereka untuk saham akhirat ini.
Sumbangan dan keprihatinan Tuan Puan amat bermakna untuk pembangunan dan pengurusan Madrasan Tahfiz Pekan Sungai Buloh dan keseluruhan warganya. Pihak Madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan sekalian. Semoga sumbangan ini dikira sebagai amal jariah yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.
ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum wbt salam sejahtera. Madrasah Pekan Sungai Buloh telah pun menyiapkn 3/4 dari keseluruhan dewan dan surau. Saya Khaidir bin Yaacob selaku mudir madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang semoga setiap sumbangan akan mengalir kepada tuan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekarang hanya tinggal 1/3 drpd bangunan yg masih berbaki iaitu:
1. Upah tukang RM38k-RM17k dah dibayar =. RM21k
2 Hutang pembekal RM10k
4 Cat 20tong × RM100 = RM2000
Baki yang tinggal adalah RM33K
Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan sudah di dalam proses. Buat masa sekarang, kami sedang cuba menyiapkan tingkat 2 dan 3. Anggaran kos yang diperlukan untuk pembangunan dan kos upah serta kebajikan meliputi perkara-perkara berikut:
1. Batu blok ringan 10 palet
2. Simen 3 palet
3. Cat 10 tong
4. Pasir halus 2 lori
5. Upah
Semoga lebih ramai menyumbang supaya pembinaan ini cepat disiapkan. Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 27, 2020
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 26, 2020
NIK YUSSRI BIN CHE YA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 25, 2020
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2020
AHMAD BIN IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2020