BANTUAN SEGERA MANGSA BANJIR TERKESAN

Dimulakan pada:
28 Nov, 2025
BANTUAN SEGERA MANGSA BANJIR TERKESAN
5.10%
RM765
/RM15,000
31
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bersama Kita Ringankan Beban Mereka! Sumbangan anda walau sekecil mana pun, amat bermakna buat mereka yang sedang diuji.

Musim monsun sudah bermula, diikuti pula Ramalan Kajicuaca Angin Monsun Senyar yang berkelajuan sehingga 56km sejam bakal sampai ke semenanjung barat daya, akan menyebabkan angin kencang, hujan lebat berterusan dan laut bergelora. Tahun ini kita ambil langkah keselamatan, kita bersedia, dan kita juga mendekat kepada Allah.

Sedekah itu perisai.

Zakat itu pembersih.

Doa itu penguat hati.

Semoga Allah jauhkan bala dari kita semua, lindungi keluarga kita, dan jadikan setiap ringgit infak/zakat sebagai sebab turunnya rahmat, terhindar dari musibah dan ujian. Jika Allah sudah beri kita rezeki mungkin itu tanda Allah sedang ajak kita menjadi asbab untuk orang lain selamat.

Sementara kita meminta Allah lindungi rumah kita, biarlah ada rumah orang lain yang selamat kerana sedekah kita. PIKDM kini membuka Tabung Kecemasan Monsun & Banjir untuk bantuan segera kepada mangsa. Semoga setiap infak menjadi sebab Allah pelihara keluarga dan negeri kita daripada ujian yang lebih besar.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

02 Jan 2026

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

[𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓]

■Penutup Aktiviti PIKDM Tahun 2025■

1. Pengenalan

Program ziarah ke Rumah Lavender, Perlis telah dilaksanakan sebagai usaha menyantuni sebuah rumah kebajikan yang menempatkan golongan OKU, majoritinya cacat penglihatan, serta berfungsi sebagai rumah transit ibu tunggal. Program ini turut bertujuan menzahirkan keprihatinan dan sokongan moral kepada pihak Rumah Lavender yang terjejas akibat kejadian banjir pada November 2025, yang mengakibatkan kerosakan serta menjejaskan sebahagian operasi harian.

2. Maklumat Program

Program: Ziarah & Santuni Warga Rumah Lavender

Tempat: Rumah Lavender, Kangar, Perlis

Tarikh: 31 Disember 2025

Masa: 5.00 petang – 6.30 petang

Wakil PIKDM: Ustaz Muhammad Izzat Che Husin

3. Latar Belakang Rumah Lavender

Rumah Lavender menempatkan hampir 10 orang penghuni, yang sebahagian besarnya merupakan golongan OKU cacat penglihatan. Operasi harian rumah ini diuruskan oleh dua orang penyelia yang bertanggungjawab memastikan keperluan asas seperti makan minum dan kelengkapan penghuni dipenuhi. Kejadian banjir yang melanda kawasan ini telah menyebabkan beberapa kerosakan fizikal yang memberi kesan langsung kepada pengurusan dan kelangsungan operasi rumah kebajikan tersebut.

4. Objektif Program

Menyantuni serta memberi perhatian kepada warga Rumah Lavender. Memberikan sokongan moral dan emosi kepada penghuni dan pengurusan.

Memupuk nilai ihsan, empati dan tanggungjawab sosial melalui aktiviti ziarah.

5. Pelaksanaan Program

Program dimulakan dengan sesi ziarah dan ramah mesra bersama penghuni, diikuti dengan perkongsian ringkas serta bacaan doa bersama. Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, PIKDM telah menyampaikan sumbangan pengenalan berjumlah RM1,000 serta naskhah zikir pagi dan petang, yang diserahkan kepada Pengerusi Rumah Lavender, Tuan Marja. Program berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni, serta mendapat maklum balas positif daripada pihak Rumah Lavender yang menyatakan penghargaan atas sokongan yang diberikan.

6. Penutup

Program ziarah ini telah memberi manfaat dan kesan positif kepada penghuni Rumah Lavender serta wakil PIKDM yang terlibat. Laporan ini juga merupakan penutup rasmi aktiviti PIKDM bagi tahun 2025, menzahirkan komitmen berterusan PIKDM bahawa kerja kebajikan bukan sekadar bantuan, tetapi tanggungjawab bersama untuk menyantuni mereka yang memerlukan dengan penuh ihsan.

Disediakan oleh:

Muhammad Izzat Che Husin

(Wakil PIKDM)

Tarikh:

31 Disember 2025

https://www.facebook.com/share/14RkVn49SXK/

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Dec 12, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 09, 2025
THAREEQ HAKEEM BIN SHAJDEE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 05, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU MAK IPAH MEMBAIKI RUMAH ROBOH
SEMPURNAKAN FARDU KIFAYAH UNTUK INSAN TERBIAR
SEDEKAH IFTAR UNTUK ASNAF BERBUKA PUASA SELAMA RAMADAN
BERKONGSI REZEKI BINA PERIGI DAN TANDAS USANG UNTUK WARGA
BANTU AGIHKAN 100 MAKANAN UNTUK MEREKA YANG LAPAR
Kempen Sumbangan Tamat