HUMAN INITIATIVE

Dimulakan pada Jul 11, 2025

JOM BANTU PALESTIN DAPATKAN AIR BERSIH

RM850 / 3.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu rakyat Palestin! RM10 anda boleh sediakan 20L air bersih untuk satu keluarga. Sumbangan anda bantu selamatkan nyawa dalam krisis air yang kritikal di Gaza.


Bayangkan anak kecil menjerit kerana haus, tetapi tiada air yang boleh diminum. Inilah kenyataan pahit yang dihadapi lebih 2 juta rakyat Palestin di Gaza, apabila sistem air mereka rosak lebih dari 90% akibat pengeboman.



Data dari PBB (OCHA) menunjukkan hanya 3 liter air bersih tersedia sehari untuk setiap orang. Ia jauh di bawah keperluan minimum 50 liter/hari menurut WHO. Lebih 400,000 warga Gaza kini bergantung kepada penghantaran air darurat yang sangat terhad.



Air bersih merupakan keperluan asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa air bersih, pelbagai kesulitan boleh berlaku. Luka-luka tidak dapat dibersihkan dengan sempurna, penyakit berbahaya seperti cirit-birit dan kolera mudah merebak, serta hospital lumpuh tanpa kemudahan sanitasi yang mencukupi.


Di Gaza hari ini, air bersih bukan lagi sekadar keperluan biasa, malah ia menjadi isu yang menentukan hidup atau mati. Krisis ini memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan seharian rakyat Gaza yang sedang berdepan dengan konflik berpanjangan dan sekatan bantuan kemanusiaan.



Sumbangan RM10 anda hari ini, cukup untuk menyediakan 20 liter air bersih bagi satu keluarga. Melihat kepada situasi ini, Human Initiative telah menggerakkan misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan segera ke Gaza. Antara bantuan yang dihantar ialah tangki dan air minum ke kawasan yang terputus bantuan, penapis air mudah alih untuk kegunaan keluarga pelarian, serta sokongan logistik dan tenaga kerja tempatan di lapangan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.


Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza dengan memberikan sokongan dalam apa jua bentuk, demi memastikan mereka dapat meneruskan hidup dengan lebih selamat dan bermaruah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 12, 2025

Kempen Sumbangan Tamat