PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI BAIKPULIH EDU CENTRE

RM430 / 1.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk baikpulih surau lama yang akan dijadikan 'educentre' iaitu pusat komuniti serta tempat pembelajaran untuk anak-anak asnaf dan pelbagai lagi kegunaan untuk keperluan komuniti


Kempen ini dijalankan bagi membantu Kelab Projek Tuisyen Ummah dibawah salah satu inisiatif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bagi membangunkan Edu Centre yang bertempat di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.


Pada asalnya bangunan ini adalah sebuah surau tetapi surau ini sudah mempunyai bangunan yang baru dibina beberapa tahun yang lepas berhampiran dengan kawasan bangunan ini. Jadi pusat pengurusan masjid membuat keputusan untuk berikan bangunan surau yang lama ini kepada Kelab Projek Tuisyen Ummah untuk dijadikan pusat pembangunan pendidikan, sahsiah dan kemahiran dalam golongan komuniti setempat dan belia.



Bangunan surau lama yang ingin di jadikan Edu Centre


Objektif Edu Centre ditubuhkan adalah antaranya mewujudkan kelas tuisyen mampu milik untuk golongan yang kurang berkemampuan dan anak yatim, membangunkan aktiviti belia dan komuniti serta ingin menjadikan sebagai sebuah pusat foodbank untuk masyarakat yang kurang berkemampuan mendapatkan bekalan asasi di sini. Surau lama ini mempunyai 6 bilik, dan setiap bilik mempunyai fungsi mengikut perancangan yang telah di rancang oleh Projek Tusiyen Ummah.



Pelan perancangan bagi Edu Centre


Walaubagaimanapun, sebelum bangunan ini dijadikan Edu Centre, kami perlu memperbaiki kerosakan yang ada disebabkan bangunan ini lama sudah tidak digunakan oleh komuniti setempat. Mengikut perkiraan kami, jumlah baikpulih yang kami perlukan sekitar RM30,000. Kos ini akan digunakan untuk baik pulih infrastruktur, peralatan pembelajaran dan kos operasi bagi menjalankan kelas tuisyen.



Antara bilik-bilik yang perlu di baiki


Kami berharap agar ada mana-mana individu yang berbaik hati untuk kongsi rezeki bersama kami bagi kita sama-sama membangunkan komuniti yang berilmu dan membantu mana-mana pihak yang kurang berkemampuan di luar sana. Sumbangan daripada anda amat kami perlukan bagi menjayakan dan merealisasikan Edu Centre ini walaupun jumlah sumbangan hanya RM1.


"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Ali Imran, 92)


Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk jangan jadi kedekut. Setiap rezeki yang kita perolehi itu ada bahagian orang lain juga yang perlu kita kongsikan. Jadi, marilah menyumbang supaya pusat komuniti pendidikan ini berjaya di bangunkan dan inshaAllah setiap sumbangan yang disalurkan bagi tujuan pendidikan ini tidak akan putus selagi mana bangunan dan ilmu yang disampaikan digunakan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

WAKIL ARWAH ABD RAHMAN BIN AWANG

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Sep 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat