TABUNG SOLIDARITAS DANA BARANGAN ASAS UNTUK FAKIR MISKIN

RM1,615 / 0.81 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

93 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rezeki itu milik Allah. Makin kita ikhlas memberi kepada orang lain, insyaallah Dia memudahkan rezeki kita. Jom bantu siapkan Kits Ukhuwah kepada orang yang memerlukan.


Kempen Program Perlaksanaan Santuni Fakir Miskin 2023 diteruskan pula dengan usaha untuk mencari penderma dengan permulaan di Perak yang mana dalam usaha untk mencari 1000 individu bagi merealisasikan dan menjayakan program ini.


Untuk makluman semua para penderma, kit ukhuwah ini akan diagihkan buat golongan fakir miskin khasnya di Negeri Perak dan golongan yang memerlukan di sekitar pedalaman Hulu Perak.





PEMAAF berharap agar ramai antara kita akan bersama-sama bergabung untuk menjayakan kempen ini dan menghadiahkan 1000 kits ukhuwah kepada keluarga miskin yang memerlukan. Inilah antara peluang yang terbaik untuk kita rebut. PEMAAF mengajak anda semua untuk menyumbang seorang sedikit untuk kemudahan keluarga asnaf ini. PEMAAF juga perlukan bantuan doa dari sahabat semua dan juga memohon sahabat-sahabat untuk berkongsi kebaikan ini bersama sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga usaha kecil PEMAAF ini akan memberikan kemudahan dalam kehidupan harian kita. Semoga Allah redha dan menerima amal kebajikan dan usaha yang sedang dilakukan.



Allah katakan bahawa rezeki, nafkah dan wang akan datang. Bahkan yang lebih baik lagi dari itu, jika kepedulianmu tidak hanya tercurah pada diri sendiri. Kepedulianmu harusnya tercurah juga kepada orang lain. Islam tidak menentang kekayaan. Tetapi, Islam menentang kekayaan yang hanya melayani dan menguntungkan diri sendiri.



Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.”

(HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM120.00

Mar 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat