FASA 1 DANA BANTUAN PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN WARGA EMAS NUR EHSAN

RM38,985

Telah terkumpul

1474 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Matlamat kempen ini adalah untuk membeli bangunan sedia ada yang akan dijadikan rumah perlindungan bagi warga emas dan gelandangan yang tiada waris (sebatang kara).


Di rumah ini mereka bersahabat, mereka beribadah, di rumah ini juga mereka menghabiskan sisa kehidupan. Ada yang bernasib baik adalah anak atau waris yang tuntut. Namun, 90% mereka di sini tiada waris bahkan ditinggalkan keluarga kerana kekurangan yang mereka ada.




Lebih 70 orang warga emas serta orang gelandangan sebatang kara berlindung di rumah ini dapat menikmati kemudahan tempat perlindungan serta kemudahan fasiliti yang selesa hasil dari sumbangan anda.


Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan/puan, kita semakin menghampiri jumlah kutipan bagi Fasa 1 Pembelian Rumah dan Tanah sebanyak RM800,000 daripada jumlah yang diperlukan segera RM1.2 Juta. Kutipan Fasa 2 akan dibuka setelah kutipan fasa 1 berjaya.



Majoriti penghuni warga emas memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Ada juga penghuni yang hanya di katil tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor yang telah beroperasi sejak November 2008 dan sentiasa bersedia menerima penghuni baru yang memerlukan perlindungan.



“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)




Kebajikan fizikal dan mental penghuni di sini amat kami utamakan dengan mengadakan program saringan kesihatan, program kerohanian, program bersama komuniti atau anak angkat serta pelbagai lagi program yang dijalankan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Sosial Hospital Kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor.



Pihak PKNENJ dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman untuk terus menyumbang dan bersama dalam usaha ini agar kebajikan mereka terus terjamin. InsyaAllah.


Allah SWT berfirman, "Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).” (Bukhari & Muslim)



Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan Encik Saiful di talian 013 7940350 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat iaitu 1034, No, Lot. 3353 MLD, 3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 19, 2024