Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
ISLAMIC SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT FOUNDATION
Dimulakan pada Apr 14, 2022
RM1,928 / 3.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
75 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Ramadan yang mulia telah tiba. Negara telah dilanda pandemik Covid-19 sejak 2 tahun yang lalu dan sesungguhnya, ramai di luar sana yang masih terkesan dengan ujian pandemik Covid-19 samada kehilangan sumber pendapatan mahupun kehilangan orang tersayang yang selama ini menanggung urusan nafkah / kehidupan keluarga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Kami dari Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF) dengan rendah hati ingin mengajak para penyumbang yang baik hati untuk menyumbang bagi Siri Pertama Projek Bantuan Keperluan Makanan Harian (Batu Pahat, Johor) yang telah dijalankan sejak tahun 2021 hingga kini. Projek bantuan makanan (foodbank) di 19 buah surau dan masjid adalah bertujuan untuk meringankan beban dan membantu saudara kita di kawasan sekitar yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Antara surau yang terlibat adalah:
1. Masjid Sri Ladang
2. Surau Parit Gantung
3. Surau Al-Ukhuwah
4. Surau Al-Nur
5. Surau Parit Jalil
6. Masjid Rengit
7. Surau Punggur
8. Surau Al-Taqwa
9. Surau Al-Syaqirin
10. Surau Al-Hidayah Gate Air
11. Pusat Komuniti Sungai Suloh
12. Surau Kampung Orang Asli Minyak Beku
13. Surau Arab
14. Surau Al-Ghufran Bukit Pasir
15. Surau Al-Nur Parit Amat Yunus
16. Surau Taman Murni Bukit Pasir
17. Pusat Aktiviti Taman Koperasi Bahagia
18. Surau Al-Ridhwan Kenangan
19. Masjid MInyak Beku
Oleh itu, kami di ISDEF mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi meringankan beban saudara kita yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Jadikan Ramadan tahun ini yang terbaik dalam hidup kita. Jom menyumbang!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Apr 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 15, 2022