PENGAGIHAN BARANGAN ASAS UNTUK KELUARGA ASNAF DI PEDALAMAN SABAH

RM245 / 0.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyokong sumbangan barang asas untuk keluarga asnaf di Sabah bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka dan mengukir senyuman mereka dengan sumbangan yang diberikan.


Seperti semua sedia maklum, ekonomi Malaysia pada masa ini semakin merosot dan mengakibatkan harga barang mahupun perkhidmatan sudah dinaikkan. Isu yang paling hangat dan memberi kesan kepada rakyat sekiranya berlaku kenaikan adalah bahan makanan.



Makanan merupakan benda yang paling penting untuk setiap individu bagi meneruskan hidup di dunia ini. Sekiranya tiada makanan, ia akan memudaratkan diri sendiri. Isu kenaikan barang makanan sangat memberi kesan kepada semua rakyat, mahupun yang berstatus T20 apatah lagi rakyat yang berstatus B40 dan asnaf.



Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Status rakyat asnaf di Sabah juga memang ramai. Sekiranya kita di Sabah, memang ada anak-anak di jalan meminta sedekah. Hal ini sangat menyedihkan kerana anak sekecil 8 ke 10 tahun sudah kerja sebagai peminta sedekah di jalanan.



Bagi mengurangkan gejala ini berlaku dan membantu keluarga asnaf di Sabah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) akan menjalankan bantuan barang asas untuk beberapa buah kampung di daerah Putatan dan Pitas. Program seperti ini bukan program yang pertama bagi PACU, telah banyak program seperti ini telah di jalankan.



Sumbangan Bakul Ramadhan 2023




Sumbangan Syawal Bag 2023


Target kami bagi program ini adalah sebanyak 200 pek barangan asas yang akan diedarkan kepada penerima. Satu pek tersebut berjumlah RM100 dan barang yang akan kami berikan seperti beras 5kg, garam, gula, uncang teh, tepung, minyak masak, susu pekat, biskut, bihun, kicap dan beberapa lagi barangan lain.





Program ini kami tidak dapat jalankan berseorangan dan memerlukan sumbangan dari semua pihak. Oleh itu, kami dengan rendah hati menyeru semua untuk menyumbang serendah RM30 untuk menjayakan program ini. Bantuan anda sangat membantu meringankan beban keluarga asnaf di sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat