ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jan 06, 2023

RAYUAN BANTUAN ROTI UNTUK MANGSA KELAPARAN YAMAN

RM9,504 / 7.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000

375 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bakeri Iltizam perlu meneruskan operasi agar lebih ramai rakyat Yaman yang kelaparan akan dapat diselamatkan. Jom bantu mereka!


JOM BANTU KAMI MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN RISIKO KEBULURAN YAMAN


Apakah yang menyebabkan penduduk Yaman kebuluran?


Negara Yaman adalah sebuah negara yang termiskin di negara arab dan hampir 9 tahun mereka terjebak dengan konflik perang. Konflik perang saudara yang berlarutan sejak awal 2015 telah memusnahkan ekonomi mereka dan menjurus sekuriti makanan di tahap yang teruk serta memusnahkan infrastruktur yang penting.


Jika semakin lama perang, semakin ramai rakyatnya menderita kesusahan dan kebuluran terutama kalangan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Menurut UNICEF, angka kanak-kanak terkorban dan cedera dalam perang Yaman telah mencecah lebih 11,000. Peratusan kebuluran telah mencecah 17.4 juta penduduk.



Program Makanan Sedunia (WFP) dan Organisasi Makanan dan Pertanian Persatuan Bangsa Bersatu (FAO) turut memberi amaran bahawa peratusan kebuluran antara Jun sehingga Disember tahun lepas di negara ini dijangka menjadi lebih teruk. Sementara itu, ekonomi global sedang berdepan kelembapan yang membimbangkan. Tambahan pula, konflik di Ukraine yang menaikkan harga makanan, baja dan bahan api menyebabkan keadaan mungkin menjadi lebih teruk.


Menurut Corinne Fleischer, Yaman telah mengimport 90 peratus keperluan makanannya dan mereka mendapatkan kira-kira 30 peratus dari Laut Hitam. Kira-kira 17 juta orang atau lebih separuh daripada penduduk di Yaman sekarang ini berkemungkinan akan mengalami tahap kekurangan keselamatan makanan yang sangat tinggi.




Penduduk Yaman terus menderita tanpa sebarang pembelaan. Hidup mereka hanya merenung nasib selain berharap akan adanya pembelaan di bumi Yaman. Kekangan faktor ekonomi juga salah satu punca penduduk Yaman tidak berpeluang untuk mencari nafkah hidup. Jika ada, ianya amat terhad. Kesengsaraan ini sedikit terubat apabila pihak Iltizam segera membuat penilaian akan masalah yang berlaku. Bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung, Iltizam telah membuka sebuah bakeri di Zabid pada tahun 2017 iaitu 2 tahun selepas insiden perang dan krisis kebuluran berlaku.




Bantuan anda amat diperlukan. Sekiranya Bakeri Iltizam tidak dapat teruskan beroperasi ini bermakna semakin ramai akan mendepani kebuluran. Oleh itu, kami merayu untuk meneruskan memberi sokongan kepada kami agar lebih ramai yang akan dapat diselamatkan daripada kelaparan. Objektif Iltizam Relief Society ialah untuk mengurangkan kebuluran yang akan dihadapi oleh 20 juta rakyat Yaman. Setelah lebih 5 tahun Bakeri Iltizam Yaman dibuka, alhamdulillah atas sokongan  anda semua, kini jumlah roti  yang telah diedarkan ialah sebanyak 5 juta buku roti.



Bagi memastikan Bakeri Iltizam ini sentiasa beroperasi, sekurang-kurangnya kos yang diperlukan ialah RM24,000 sebulan. Jangan biarkan saudara seislam kita kelaparan. Ayuh penyumbang sekalian, teruskan membantu.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

KAMISAH BINTI NAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

MOHD FIRDAUS MOHAMED SHAHID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat