GANDAKAN PAHALA DI HARI JUMAAT DENGAN INFAQ KARPET SURAU TAHFIZ ASNAF

Dimulakan pada:
27 Jan, 2023
GANDAKAN PAHALA DI HARI JUMAAT DENGAN INFAQ KARPET SURAU TAHFIZ ASNAF
10.40%
RM1,040
/RM10,000
65
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

GANDAKAN PAHALA DI HARI JUMAAT DENGAN INFAQ KARPET SURAU TAHFIZ ASNAF. MARI BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ INI BERIBADAH DENGAN KHUSYUK DAN SELESA.

Saat sudah berada di akhirat kelak, tidak ada siapapun yang dapat menolong nasib kita, kecuali diri kita sendiri. Oleh karena itu, penting sekali untuk memperbanyak sedekah sewaktu di dunia agar menjadi amal yang dapat menyelamatkan kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR Ahmad)

Hadis tentang sedekah di atas dapat menjadi motivasi tersendiri bagi kita agar semakin rajin bersedekah kepada siapa saja. Sedekah tidak perlu menunggu kaya atau berkecukupan terlebih dahulu. Bahkan, dalam keadaan kesempitan pun seorang Muslim dapat bersedekah semampunya. Saat bersujud menghadap Allah SWT, tentunya kita ingin bertemu Sang Pencipta dalam kondisi yang terbaik. Bukan saja hati yang bersih, tetapi juga tubuh, pakaian, bahkan tempat sujud yang bersih. Setiap Muslim seharusnya memiliki satu impian, iaitu menghadap Allah SWT yang agung dengan sujud yang beralaskan hamparan sejadah atau karpet yang bersih dan nyaman.

Sehubungan itu, AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berbesar hati mengadakan kempen infaq karpet solat untuk surau baharu para pelajar tahfiz di sini. Mari bersama bantu untuk meningkatkan kualiti ibadah anak-anak tahfiz ini dengan berinfaq agar mereka dapat solat dan beribadah dengan khusyuk. Meningkatkan kualiti ibadah saudara sesama islam berarti meningkatkan darjat mereka di hadapan Allah.

Rebutlah peluang untuk bersedekah di hari jumaat yang mulia pada awal bulan Rejab ini. Inilah peluang kepada anda yang dermawan untuk mendapat pahala secara berterusan dari setiap ahli jemaah surau setiap kali mereka menunaikan solat, membaca Al-Quran, berwirid dan beriktikaf. Hanya dengan serendah RM10 kita sudah mampu melakukan kebaikan dengan memudahkan urusan Muslim yang lain untuk beribadah.

Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas jasa dan kemurahan hati para penyumbang bagi membantu menghadirkan karpet solat yang terbaik kepada anak-anak tahfiz. Besar harapan pihak maahad agar sebelum menjelang Ramadhan tahun ini karpet solat tersebut dapat dipasang di dalam surau baharu maahad. Semoga Allah selalu memudahkan urusan hidup hambanya yang gemar memudahkan urusan hidup orang lain. Amin.

“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (S.Al-Baqarah:261)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

MOHD RAHIM BIN JAAFAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2023
NADHARATUL SHAHADA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 03, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ DAGING UNTUK PENDUDUK PEDALAMAN DI PELOSOK NEGARA
AYUH SOKONG PALESTIN DENGAN SEDEKAH TERBAIKMU
BANTU 125 PELAJAR AL QURAN BINA KELAS BAHARU SEKARANG
SOKONG BINGKISAN AIDILADHA UNTUK GENERASI PENGHAFAL AL QURAN
SUMBANGAN UNTUK RUMAH GURU MENGAJI YANG TERBAKAR
Kempen Sumbangan Tamat