PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Jun 22, 2023

ANAK YATIM MISKIN PERLUKAN BANTUAN

RM500 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak yatim miskin amat memerlukan bantuan dari kita semua. Mereka hidup dengan serba kepayahan dan kesusahan. Ayuh bersama kami untuk membantu mereka!


Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini adalah ujian samada kita dikurniakan kemewahan dan kesenangan atau sebaliknya. Namun, bagi kita yang dikurniakan oleh Allah SWT akan nikmat kesenangan hidup, jangan sekali-kali kita lupa akan kehidupan yang sukar dilalui oleh golongan anak-anak yatim miskin. Mereka bukan sahaja hilang tempat bermanja, malah untuk menjalani kehidupan seharian pun dilalui dengan penuh kepayahan.



Menyedari akan kesusahan dan atas rasa keprihatinan terhadap anak-anak yatim miskin ini, maka pihak kami telah menemui beberapa orang anak-anak yatim miskin yang sebahagiannya dijaga oleh ahli keluarga terdekat sebagai usaha untuk menyantuni mereka. Kesedihan kami bertambah apabila dimaklumkan bahawa penjaga-penjaga mereka ini juga adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan.



Atas rasa simpati terhadap golongan anak-anak yatim miskin ini, Unit Kebajikan Persatuan Generasi Bestari akan menyalurkan bantuan berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha meringankan beban kewangan yang sedang mereka hadapi. Dianggarkan seramai 50 orang anak-anak yatim miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang akan diraikan.



Bagi melihat usaha murni ini dapat dijayakan, maka pihak persatuan mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu meringankan beban kehidupan yang sedang diharungi oleh anak-anak yatim miskin. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2023

NOORIZAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2023

MOHD NOOR BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat